Selain daripada pisang, epal, lobak merah, labu manis, dan pelbagai lagi, keledek juga antara pilihan utama para ibu bapa untuk dijadikan puri buat bayi masing-masing. Hal ini kerana rasanya yang manis dan berlemak membuatkan ianya agak mudah untuk diterima oleh bayi. Bukan sahaja mempunyai rasa yang lazat, bahkan keledek turut mempunyai banyak khasiat. Antaranya:

#1 Sumber vitamin A dan beta karotena

Kandungan beta karotena pada keledek adalah semula jadi dan agak tinggi. Ia membantu tubuh untuk menghasilkan vitamin A. Seperti yang kita tahu, vitamin A mampu meningkatkan fungsi tubuh dengan berkesan lebih-lebih lagi dalam aspek kesihatan mata.

Gambar Hiasan | Ela Haney – Pexels

#2 Mengelakkan sembelit

Keledek juga mengandungi kadar serat yang tinggi di mana ia dapat melancarkan pencernaan bayi, khususnya ketika beberapa hari pertama bayi diberikan kepada makanan setelah usia 6 bulan.

#3 Menguatkan pertahanan tubuh

Vitamin C juga terkandung di dalam keledek dan ia pastinya bermanfaat buat tubuh bayi. Vitamin C secara umumnya mempunyai antioksidan selain dapat membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada jangkitan penyakit.

.

Gambar Hiasan | Phong Duong – Unsplash

#4 Kaya dengan mineral

Selain itu, keledek turut mengandungi mineral seperti vitamin D, B1, B6 dan B9 serta zat besi bagi mengekalkan metabolisme yang sihat pada tubuh. Mineral yang disebutkan tadi semuanya mampu meningkatkan pertumbuhan gigi dan tulang serta meningkatkan tahap kesihatan jantung bayi.

Once Upon a Chef

#5 Tinggi karbohidrat

Bayi yang mengalami kekurangan berat badan amat sesuai diberi makan keledek kerana ia mampu meningkatkan berat badan secara sihat. Hal ini disebabkan oleh keledek mengandungi tahap lemak dan kolestrol yang rendah walaupun tahap karbohidratnya tinggi.

Ternyata bahawa keledek ini amat bernutrisi untuk dijadikan makanan bayi, malah mudah juga untuk menyediakannya. Apa yang menariknya, ia juga sangat ideal untuk diberikan pada bayi yang mengalami alahan terhadap gluten. Jadi, jangan buang masa dan berikan bayi anda makan puri keledek hari ini!

Sumber: Sirap Limau

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular