Penting untuk kita mengetahui cara mengira Indeks Jisim Badan atau dalam bahasa Inggerisnya Body Mass Index (BMI) bagi mendapatkan berat badan yang ideal dan sesuai dengan ketinggian anda.

Bagaimanapun, pengiraan BMI ini adalah bersesuaian untuk golongan dewasa sahaja yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 65 tahun. Kanak-kanak dan ibu mengandung tidak sesuai untuk mengikut pengiraan BMI ini.

Hello Doktor

Formula untuk mengira BMI adalah Berat (kg) ÷ Tinggi (meter). Jika berat badan anda adalah 50kg dan tinggi pula 1.55 meter, cara pengiraannya adalah 50 ÷ (1.55 x 1.55) = 20.8. Rujuk carta BMI di bawah untuk mengetahui anda di dalam kategori yang mana.

BMI < 18.5 = Kurang berat

BMI antara 18.5 hingga 24.9 = Berat ideal

BMI antara 25 – 30 = Lebih berat badan

BMI 30 > = Obes

Untuk ibu-ibu mengandung, peningkatan berat badan semasa hamil adalah normal tetapi ianya haruslah berdasarkan kepada pengiraan BMI seperti yang berikut:

  • Wanita dengan BMI 18.5 hingga 25 perlu mendapat kira-kira 11 kg hingga 15 kg ketika melahirkan anak
  • Wanita dengan BMI < 18.5 perlu mendapatkan berat antara 12 kg hingga 18 kg
  • Wanita dengan BMI > 25 hanya perlu meningkatkan berat antara 6 kg hingga 11 kg

Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk ibu-ibu mengandung dalam mengawal berat badan. Antaranya:

#1 Ketahui berat sasaran semasa mengandung dan rancang diet sihat

Hello Doktor

Tips ini dapat membantu mengurangkan risiko kekurangan atau terlebih nutrisi pada bayi yang secara langsung boleh menjejaskan proses kelahiran dan kesihatan bayi anda.

#2 Masak sendiri

Sebaiknya, masak makanan anda sendiri di rumah bagi mengawal kuantiti gula, garam dan minyak selain menjamin kebersihan makanan itu. Pastikan anda memakan banyak buah dan sayur.

#3 Pilih snek yang sihat

Hello Doktor

Sudah menjadi kebiasaan untuk ibu mengandung mengidam makanan yang manis dan berlemak seperti aiskrim. Untuk memastikan tahap kesihatan di paras baik, gantikannya dengan buah-buahan segar atau yogurt rendah lemak.

#4 Rekod pengambilan makanan di dalam aplikasi

Terdapat banyak aplikasi yang boleh dimuat turun untuk mengira jumlah pengambilan kalori dalam diet harian anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti saranan makanan yang dicadangkan dalam aplikasi tersebut bagi memastikan berat badan anda terkawal dan tahap gula dalam darah juga stabil.

#5 Bersenam

Ibu mengandung boleh melakukan aktiviti sihat seperti berjalan, berjoging, berenang atau mengikuti kelas zumba. Elakkan aktiviti yang terlalu keras kerana ia mungkin akan mendatangkan kecederaan bukan sahaja kepada diri anda tetapi juga bayi dalam kandungan.

Meskipun penambahan berat badan adalah normal untuk ibu-ibu mengandung, terdapat segelintir wanita yang sukar untuk mengalami kenaikan berat badan disebabkan oleh keadaan kesihatan, hilang selera makan dan sebagainya. Jadi, ini yang anda perlukan untuk meningkatkan berat badan tapi pada masa yang sama tetap menjaga pemakanan agar tidak melebihi BMI yang disasarkan.

#1 Kawal pengambilan kalori

Gantikan makanan tertentu dengan pilihan yang lebih sihat. Misalnya minum susu skim, makan buah-buahan segar (bukan jeruk) yang tinggi kandungan air seperti tembikai, makanan yang dibakar dan bukan digoreng, air putih, lebihkan sayur-sayuran, ikan dan oat.

Hello Doktor

#2 Jaga jumlah makanan yang diambil

Dapatkan berat badan yang betul dengan mengamalkan pemakanan bernutrisi dalam jumlah yang dicadangkan. Misalnya, untuk hidangan protein daripada ayam atau daging, pastikan saiznya cuma sebesar tetikus komputer sahaja. Hidangan berkeju pula tidak harus lebih daripada saiz bateri 9V.

#3 Kurangkan lemak dalam makanan

Bukan semua lemak tidak boleh dimakan. Tetapi sebenarnya, ada beberapa jenis lemak baik yang penting untuk kesihatan dan perkembangan bayi anda. Jangan makan makanan bergoreng dan kek yang mengandungi marjerin. Lemak yang baik boleh didapati pada ikan salmon dan buah avokado.

#4 Bergerak aktif

Jangan jadikan alasan untuk bermalas-malasan semasa hamil. Lakukan aktiviti sihat seperti yoga, zumba, berenang dan melakukan kerja rumah serta menaiki tangga.

Semoga segala tips yang dikongsikan ini akan membantu anda dalam memiliki berat badan yang ideal meskipun ketika mengandung.

Sumber: Hello Doktor

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular