PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan bahawa 30 Julai kelak sebagai hari kelepasan am tambahan kepada seluruh negara bersempena dengan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

MOHD RASFAN/AFP/Getty Images

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar, dalam kenyataannya pada hari ini berkata bahawa pengisytiharan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tambahnya lagi, untuk negeri Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri masing-masing diminta untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri.

Sumber: Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular