Baru-baru ini sebuah Zoo di Jepun menjadi tular di internet selepas sebuah video mengenai ‘singa’ mengendalikan latihan meloloskan diri dari zoo.

Mainichi News Group

Rakaman itu telah direkodkan oleh Zoo Tobe Jepun yang menunjukkan seorang pekerja lelaki zoo tersebut berpakaian kostum singa mewakili haiwan yang cuba meloloskan diri dari zoo semasa kejadian gempa bumi atau sebarang ‘kecemasan’.

Menurut The Guardian, Jepun menjalankan rutin ini kerana gempa bumi kerap berlaku di negara tersebut.

Latihan tersebut dikendalikan untuk mempersiapkan para pekerja zoo tentang apa yang perlu mereka lakukan sekiranya menghadapi situasi haiwan cuba meloloskan diri dari zoo tatkala berlakunya gempa bumi atau kecemasan lain.

Pekerja lelaki yang memakai kostum singa tersebut dilihat berlari di sekitar zoo untuk cuba meloloskan diri dari zoo sementara pekerja lain pula cuba untuk ‘menangkap’nya dengan menggunakan jaring.

Selain itu, mereka juga turut ‘berlakon’ menembak singa yang ‘mengganas’ dengan menggunakan senapang angin. 

Mainichi News Group

Sekiranya ketika bencana alam berlaku dan kepungan musnah, singa akan ditenangkan dengan menggunakan alat penenang bukannya senapang angin. Tindakan itu perlu untuk mengelakkan singa sebenar terlepas dari kepungan.

Ramai yang menyaksikan rutin tersebut kagum namun apa yang menarik perhatian netizen menerusi video itu ialah reaksi dua ekor singa sebenar yang melihat pekerja berpakaian kostum itu.

Singa-singa tersebut kelihatan seperti terkedu dengan apa yang berlaku.
Haiwan tersebut seolah-olah hilang kata-kata. Inilah yang menyebabkan netizen terhibur ketika melihat video tersebut.

Mainichi News Group

Saksikan video yang dimuat naik di Twitter yang telah di ulang kicau (retweet) sebanyak 36 ribu dan 87 ribu tanda suka. Anda pun pasti akan terhibur!

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular