Di laman media sosial, semua orang bebas berkongsi apa sahaja, termasuk gambar-gambar yang dapat memukau pandangan netizen. Seorang pengguna Reddit dengan nama -OctopusPrime baru-baru ini berkongsi gambar yang bukan sahaja mengelirukan tetapi amat mempesonakan. Gambar tersebut menunjukkan bunga hijau yang menyerupai kumpulan burung kecil dikenali ‘Hummingbird’. Dia menulis, “Lihat bunga-bunga ini, ia kelihatan seperti ‘hummingbird’ kecil!” 

Maka ramailah yang memerhati dan meneliti gambar bunga ini. Adakah betul ia seperti ‘Hummingbird’?

Seorang netizen berkongsi gambar dan imej ini membuatkan ramai netizen yang terpesona olehnya.

-OctopusPrime/Reddit

Ramai yang tertarik dengannya dan bertanya ini spesies bunga apa? Dan seorang mengetahui mengapa bunga itu kelihatan seperti burung dan memberi semua jawapannya.

Romer Rabarijaona/inaturalist

Ia hanya pareidolia iaitu otak anda telah diperdaya dengan pandangan untuk mempercayai bahawa bunga itu kelihatan seperti objek lain yang tidak ada di situ. Dalam hal ini, bunga ini seperti ‘Hummingbird’.

D. Blumer/bgpa

Tumbuhan yang mendapat perhatian ramai ini sebenarnya adalah spesies bunga dengan nama saintifik Crotalaria cunninghamii. Oleh kerana nama Latin ini mungkin agak mencabar untuk ditutur dan dihafal, maka sebab itu semua orang juga merujuknya sebagai bunga burung hijau atau ‘birdflower’.

Cressflower

Ia adalah spesies yang berasal dari Australia utara. 

Tumbuhan ini tumbuh dengan baik di kawasan berpasir, maka sebab itu kebanyakan spesies bunga ini terdapat di bukit-bukit berpasir atau di sepanjang pantai, dan terkenal di kalangan masyarakat Mulga. 

australianseed

Bunga ‘Birdflower’ atau burung hijau sering digunakan oleh masyarakat Orang Asli Australia ‘Aboriginal’ sebagai salah satu ramuan dalam perubatan tradisional untuk merawat jangkitan mata.

Atlas of Living Australia

Sesetengah orang masih agak keliru tentang rupa bunga ini, tetapi yang lain cepat memberi jawapan. Ia hanya pandangan mata anda sahaja yang dikelirukan untuk melihatnya seperti spesies ‘Hummingbird’ yang comel.

Sumber : Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular