SEOUL – Pasangan selebriti terkenal Korea Selatan, Song Hye-kyo dan Song Joong-ki mengambil langkah undang-undang untuk berpisah dan memfailkan perceraian, dua tahun selepas perkahwinan mereka yang sangat terkenal, demikian menurut agensi pengurusan mereka yang mengesahkan perceraian itu pada hari Khamis, 27 Jun 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SONG JOONG KI / 송중기 (@songjoongkionly) on

Firma undang-undang yang mewakili aktor Song Joong-ki memfailkan perantara perceraian tersebut di mahkamah sebagai langkah dan prosedur perceraiannya dari aktres Song Hye-kyo di Mahkamah Keluarga Seoul pada hari Rabu, 26 Jun.

Pasangan Song Joong-ki dan Song Hye-kyo berkahwin pada bulan Oktober 2017 dalam satu upacara perkahwinan gilang-gemilang yang dihadiri ramai selebriti terkenal Korea. Pasangan sama cantik dan sepadan ini merupakan pasangan selebriti yang bukan sahaja terkenal di Korea Selatan dan Asia malahan di seluruh dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SONG JOONG KI / 송중기 (@songjoongkionly) on

Namun terdapat khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka sejak 6 bulan yang lalu. Berita perceraian tersebut telah disahkan pada hari ini.

“Saya memutuskan untuk memulakan prosedur pengadilan mahkamah sebagai proses perceraian saya dari Song Hye-kyo,” kata pelakon Song Joong-ki menerusi agensi pengurusannya, Blossom Entertainment.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SONG JOONG KI / 송중기 (@songjoongkionly) on

“Saya meminta maaf kerana memberi berita buruk ini kepada para peminat dan mereka yang menyokong saya,” kata Song Joong-ki yang diwakili peguamnya, Park Jae-hyun.

Sumber : Sin Chew Daily, star2

Maybe you're interested :

Share

Video Popular