Sejurus berjuang melahirkan anak, kini tiba pula waktu yang agak mencabar iaitu proses penjagaan selepas bersalin.

Buat ibu yang pertama kali melahirkan anak, ia agak sukar dan perlukan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman.

Penjagaan yang rapi juga perlu ditekankan khusus kepada para ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan caesarean’. Wanita yang baharu sahaja bersalin tidak boleh melakukan kerja-kerja harian, sebaliknya perlu banyak berehat.

Hello Doktor

Jadi, secara umumnya, para suami memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu menjaga isteri dan anak. Seperti yang kita tahu, wanita yang baru melahirkan akan diberikan cuti bersalin.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata bahawa Kementerian Sumber Manusia akan meminda Akta Kerja 1955 bagi membolehkan pekerja wanita di sektor swasta menikmati cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.

Selain itu, pihak Kementerian juga sedang dalam usaha untuk meminda akta yang membolehkan golongan bapa yang bekerja di sektor swasta diberikan cuti paterniti (cuti isteri bersalin) selama 3 hari. Terdapat draf pindaan yang sedang dilengkapkan untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri bagi memperkenalkan cuti paterniti.

Hal ini kerana, terdapat gesaan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA) agar cuti paterniti perlu diberikan sekurang-kurangnya 7 hari bagi sektor swasta, sama seperti golongan bapa yang bekerja dalam sektor awam.

Namun, menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan cadangan 7 hari itu bakal memberi kesan kepada kos operasi syarikat. Majikan terpaksa menanggung kos lebih RM150 juta jika pindaan itu dibuat.

Secara ringkasnya, cuti paterniti itu bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban si isteri yang baru sahaja melahirkan dan menguruskan anak yang baru lahir, bahkan ia dilihat sebagai mekanisme dalam membina ikatan kekeluargaan – antara ibu, bapa dan anak. Hal ini kerana, pada minggu pertama selepas bersalin, isteri akan mengalami perubahan dramatik (hormon) yang bakal mempengaruhi emosi.

Dr. Hilda Hutcherson selaku Pembantu Profesor Obstetrik dan Ginekologi di University College of Physicians and Surgeons, New York, keadaan itu merupakan sesuatu yang normal. Kebiasaannya, wanita tidak bersedia dengan perubahan emosi yang bakal dilalui selepas melahirkan.

Tempoh selepas bersalin (postpartum) merupakan satu tempoh yang paling rapuh bagi wanita – khasnya buat mereka yang melalui proses kelahiran secara pembedahan. Ia bukan hanya melibatkan kesakitan fizikal, bahkan emosi juga.

Hello Doktor

Dalam tempoh ini, badan akan mengalami pelbagai perubahan sepanjang proses pemulihan badan – kerap berasa sakit dan lesu dan mengambil masa selama 4-6 minggu untuk pulih dan kembali bertenaga. Namun tempoh yang lebih lama diperlukan buat mereka yang melahirkan anak secara pembedahan. Antara simptom-simptom yang dialami ketika tempoh postpartum adalah :

  • Bengkak
  • Pendarahan faraj
  • Kesakitan faraj
  • Bengkak payudara
  • Kekejangan
  • Masalah pundi kencing
  • Masalah pergerakan usus
  • Rambut menipis
  • Kehilangan pigmentasi kulit
  • Kemurungan selepas bersalin
  • Kekurangan tenaga

Lazimnya, majoriti ibu yang baru bersalin akan melalui fasa ‘baby blues’ pada awal kelahiran bayi. Kemuncak kepada fasa ini adalah pada hari keempat dan ia mula berkurangan selepas 2 minggu. Namun, terdapat kebarangkalian untuk si ibu mengalami fasa ini dalam tempoh yang lebih panjang.

Malah, terdapat juga risiko kemurungan selepas bersalin atau meroyan sehingga cenderung untuk mencederakan diri atau bayi. Ia berkait rapat dengan kecelaruan emosi dan keresahan (Perinatal Mood and Anxiety Disorder, PMAD).

Hello Doktor

Jadi cuti sebanyak 3 hari untuk para suami ternyata tidak mencukupi untuk membantu si isteri kerana ia terlalu singkat namun sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan tekanan dan bebanan yang dialami si isteri pada awal kelahiran bayi. Kini, terdapat banyak perkhidmatan bidan berbayar, bukan?

Kesimpulannya, kehadiran suami selepas tempoh bersalin amatlah penting kerana ia bukan sahaja dapat meringankan beban yang ditanggung oleh isteri, bahkan ia juga mampu mengukuhkan ikatan kekeluargaan selain si bapa belajar untuk menguruskan bayi. Jangan harapkan isteri sahaja, ya!

Sumber: Hello Doktor

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular