Media sosial bukan sahaja menjadi satu platform komunikasi buat penggunanya, bahkan ia amat berguna sekali khususnya kepada para penggiat seni, tidak kiralah tempatan mahupun antarabangsa.

Jaringan tanpa batasan dalam talian memudahkan urusan selebriti selain dapat mengemaskini segala perkembangan dan aktiviti terkini.

Instagram|M.Nasir

Pasti anda di luar sana juga tidak melepaskan peluang untuk mengikut akaun selebriti kegemaran masing-masing bukan? Berita baik buat para peminat M. Nasir di mana baru-baru ini, komposer dan lagenda berkenaan akhirnya mewujudkan akaun Instagram dan Twitter rasmi beliau.

Instagram|M.Nasir

Menurut laporan sehingga kini, penyanyi lagenda berkenaan telah mendapat seramai 978 orang pengikut di laman Instagram manakala akaun Twitter beliau diikuti seramai 47 orang pengikut.

Twitter|M.Nasir

Oleh itu, bagi para peminat setia yang mungkin tidak tahu akan berita ini, panjang-panjangkan berita ini kepada rakan dan kenalan serta jangan lupa untuk mengikut beliau di laman sosial rasmi Instagram @mnasirmohamed  dan @mnasirmohdnasir di Twitter.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share

Video Popular