GEORGE TOWN – Seorang tukang kebun mendakwa mendengar satu dentuman kuat sebelum melihat sebuah tembok penahan di lereng bukit berdekatan sebuah pusat peranginan di Jalan Batu Ferringhi,Tanjung Bungah runtuh dalam kejadian tanah runtuh pada kira-kira jam 9.25 malam, Selasa, 25 Jun.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata tukang kebun, Zulkefli Tinggal, 61 tahun memberitahu polis bahawa tembok berkenaan sedang dibina pekerja warga Myanmar yang hanya dikenali sebagai Ong, bersama tiga lagi rakan senegaranya.

BERNAMA

“Saksi ini paling awal menyedari kejadian dan berada berhampiran tempat kejadian sebelum memaklumkan kepada pemilik pusat peranginan tentang apa yang berlaku,” kata Che Zaimani dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut saksi itu lagi, Ong sudah bekerja di pusat peranginan itu selama hampir tiga tahun sebagai petugas penyelenggara.

“Saksi juga berkata keempat-empat warga Myanmar itu sudah menjalankan kerja-kerja pembinaan tembok berkenaan sejak seminggu yang lalu,” kata Che Zaimani.

Asisten Komisioner Che Zaimani berkata pemilik pusat peranginan Lost Paradise Resort di Jalan Batu Feringghi memberitahu keempat-empat warga Myanmar itu datang menawarkan diri untuk membina tembok penahan tanah namun hanya mengenali Ong yang telah membawa tiga pekerja lain.

“Pemilik semasa ditanya menyatakan beliau tidak mengenali tiga pekerja lain kerana mereka dibawa oleh Ong dan memberi tempoh 20 hari kepada Ong untuk menyiapkan kerja berkenaan,” kata Che Zaimani.

Susulan kejadian tanah runtuh tersebut, kesemua mayat pekerja asing warga Myanmar ini telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat bermula jam 11.18 malam sehingga 12.17 tengah malam sementara mayat terakhir ditemui pada jam 3.35 pagi ini.

@bernamadotcom/Twitter

Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang bermula jam 2.35 pagi 26 Jun untuk proses bedah siasat.

Sumber : BERNAMA , The Star , Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular