BANGLADESH – Seorang pemuda tempatan yang mengalami ketumbuhan pada tangannya, di mana kulit pada tangannya itu menyerupai kulit pokok, merayu agar tangannya itu segera dipotong kerana kesakitan yang tidak mampu ditahannya lagi.

Dia yang berusia 28 tahun dan dikenali sebagai ‘manusia pokok’ difahamkan telah menjalani sebanyak 25 kali prosedur pembedahan semenjak tahun 2016 lagi bagi membuang ketuat yang tumbuh pada kulit tangannya. Ia difahamkan berlaku ekoran faktor genetik yang jarang dikesan.

Gulf News

Sungguhpun telah menjalani banyak pembedahan, akan tetapi ketumbuhan tersebut terus merebak dan menjadi lebih besar sehingga dirinya terpaksa menanggung kesakitan. “Saya tidak tahan sakit lagi, saya tidak boleh tidur pada waktu malam,” katanya.

Secara saintifiknya, pemuda itu menghidap penyakit ‘epidermodysplasia verruciforis’ – merujuk kepada keadaan kulit yang jarang berlaku. penyakit berkenaan menyebabkan ketuat merebak ke seluruh anggota badan dan ia menjadi parah sekiranya sistem imun pada tubuh individu agak lemah. Pesakit yang menghidapi ketumbuhan ini juga berisiko untuk menghidap kanser kulit.

Gulf News

Oleh kerana sakit yang tidak dapat ditanggungnya, pemuda berkenaan merayu kepada doktor agar tangannya itu dipotong. “Saya meminta doktor memotong tangan saya supaya saya berasa lega”. Menurut doktor, mereka telah merawat penyakit tersebut namun ia kemudian tumbuh lebih cepat dan besar daripada sebelumnya.

Pemuda itu juga mempunyai hasrat untuk mendapatkan rawatan di luar negara namun ekoran ketiadaan wang, niat tersebut tidak dapat diteruskan. Oleh sebab itu, dia hanya mampu merayu dan meminta doktor untuk memotong sahaja tangannya agar sakitnya berkurangan.

Sumber: Independent

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular