Jika anda mempunyai tabiat suka bersiar-siar di taman atau keluar berjalan-jalan beberapa kali dalam seminggu perkara tersebut memang bagus untuk anda.

Pixabay

Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh kerajaan United Kingdom mendedahkan bahawa orang yang meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam dalam seminggu adalah lebih gembira dan sihat berbanding dengan orang yang tidak melakukannya.

Kajian yang melibatkan data daripada 20 ribu orang di United Kingdom itu menunjukkan mereka yang meluangkan masa ‘bersatu’ dengan alam sekitar sekurang-kurangnya dua jam sama ada dalam satu perjalanan atau beberapa kali kunjungan ke taman dikatakan lebih sihat.

Lebih banyak manfaat yang diperoleh bagi orang yang gemar meluangkan masa selama 200-300 minit di luar rumah.

Kajian ini merupakan kajian pertama yang mengkaji berapa lama sepatutnya kita meluangkan masa di luar rumah. Kajian ini muncul selepas ramai orang bertanya kepada doktor mengenai faedah pendedahan alam semula jadi dan berapa lama mereka perlu menghabiskan masa di luar.

Menurut ahli psikologi dan pensyarah kanan University of Exeter Medical School yang juga merupakan pengarang utama kajian tersebut, mereka mencadangkan untuk menghabiskan masa di luar selama dua jam.

Kata White lagi, tidak kira berapa banyak perjalanan yang perlu dibuat oleh seseorang ke taman selagi jumlahnya melebihi dua jam seminggu.

Pixabay

Walau bagaimanapun, menurut White menghabiskan masa di luar tidak semestinya berjalan di taman. Aktiviti tersebut termasuklah berjalan di sekitar kawasan bandar, terusan, pantai dan kawasan luar bandar seperti hutan, bukit dan sungai.

Biarpun seseorang itu tidak melakukan sebarang aktiviti kecergasan seperti senaman apabila berada di luar namun mereka masih dapat menikmati manfaat seperti badan sihat dan kehidupan sejahtera.

Pixabay

Oleh itu, marilah kita sama-sama meluangkan masa di luar rumah dan berjalanlah untuk menghirup udara segar. Walaupun sekadar bersantai sahaja, itu lebih baik daripada duduk di rumah dan menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau bermain gajet.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular