Para pengkaji di Perancis mendedahkan bahawa mereka telah menemui satu spesies haiwan yang dikenali sebagai “Ghjattu-volpe” ataupun bahasa yang lebih mudah, ‘cat-fox’ (kucing-rubah), di mana spesies itu didakwa merupakan spesies terbaru dalam keluarga kucing.

Pascal Pochard-Casabianca/AFP/Getty Images

Spesies baharu itu kelihatan sama seperti kucing biasa namun jika diamati, mereka mempunyai telinga yang lebih besar, gigi yang lebih dan bulu pada hujung ekornya berwarna kehitaman.

The National Office for Hunting and Wildlife baru-baru ini dikatakan telah membentangkan penemuan mereka kepada umum pada awal bulan ini.

Pascal Pochard-Casabianca/AFP/Getty Images

Ketua juruteknik alam sekitar dan juga salah seorang pengkaji, Pierre Benedetti, berkata bahawa masyarakat tempatan di Corsica – lokasi di mana spesies itu hidup, telah memperincikan haiwan berkenaan untuk tempoh tertentu. Ini termasuklah kisah daripada pengembala kambing yang mendakwa bahawa kucing tersebut memakan kambing.

Pascal Pochard-Casabianca/AFP/Getty Images

“Ia merupakan haiwan yang sangat berhati-hati dan lebih aktif pada waktu malam”, jelasnya lagi. Kucing jenis ini yang pertama ditangkap adalah pada tahun 2008 di sebuah reban ayam.

Sejak daripada situ, pengkaji telah mengenalpasti 16 ekor haiwan yang dipercayai sebagai ‘kucing-rubah’. 12 ekor daripadanya ditangkap, diperiksa dan kemudiannya dilepaskan semula.

Pascal Pochard-Casabianca/AFP/Getty Images

Tambah penyelidik lagi, spesies ini tidak perlu dikaji secara saintifik untuk tempoh masa yang lama kerana persamaannya dengan kucing, kata penyelidik. “Kami percaya bahawa ia merupakan spesies liar semula jadi yang sangat dikenali namun tidak secara saintifik kerana lebih aktif di waktu malam dan agak sukar untuk melihatnya pada waktu itu”.

Dengan meniliti DNA spesies terbabit, kami dapat mengatakan bahawa ia agak berbeza daripada kucing liar Eropah, Felis silvestris silvestris. Namun, spesies ini amat dekat sekali dengan kucing hutan Afrika, Felis silvestris lybica, tetapi identiti sebenarnya masih lagi dalam kajian”.  

Pascal Pochard-Casabianca/AFP/Getty Images

Pascal Pochard-Casabianca/AFP/Getty Images

“Ia mungkin tiba di sini ketika era penjajahan pada 6.500 tahun yang lalu. Jika hipotesis ini tepat, maka sah bahawa ia berasal dari Timur Tengah. Kami mahu spesies kucing ini dikenali dan dilindungi”, akhiri Benedetti. Saksikan video kucing-rubah dibawah: 

@AFP|Twitter

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular