Baru-baru ini tular di media sosial mengenai ayam yang sesat di dalam pasar raya. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai pakaian di Setapak Central Mall.

Dalam video yang dikongsi oleh pengguna Twitter @FIzhksma, seorang pekerja kedai pakaian DeFacto dilihat bertungkus lumus menangkap ayam yang sesat dalam kedai pakaian mereka.

Ayam tersebut yang ternyata panik dikejar pekerja tersebut dilihat berlari laju dan menyusup di ruang pakaian.

Ayam itu juga turut terbang ke arah rak pakaian hingga mengakibatkan patung terjatuh daripada raknya. Mujurlah pekerja itu sempat menyambut patung tersebut daripada jatuh ke atas lantai.

Selepas meletakkan patung semula, pekerja tersebut terus mengejar ayam yang semakin berlari laju. Namun akhirnya ayam itu berjaya ‘diberkas’ oleh pekerja yang gigih itu.

Ayam itu tewas ditangan pekerja itu menerusi video kedua. 

Hampir 31 ribu pengguna Twitter berkongsi video tersebut kerana ternyata sungguh melucukan. Momen seperti ini memang jarang berlaku namun pasti akan menyebabkan suasana menjadi haru-biru.

Tidak diketahui dari mana datangnya ayam tersebut namun mujurlah tiada sebarang kecederaan berlaku.

Sumber: Flzhksma|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular