Taman tema air sering menjadi pilihan sebagai destinasi percutian bagi ramai orang. Tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa, taman tema air memang mengujakan.

Taman tema air yang menarik di Malaysia ialah Carnivall Water Park, Kedah, Desaru Coast Adventure Waterpark, Johor, Marina Water Park, Perak, Bukit Gambang Water Park, Pahang dan banyak lagi. 

Antara permainan air yang terdapat di taman tema air yang sering menjadi pilihan ialah gelongsor air. Memang pada mulanya rasa takut, gementar, bimbang untuk meluncur turun dari gelongsor air itu namun apabila sekali telah berjaya melakukannya, pasti mahu mengulanginya!

Gelongsor air di Taman Tema Escape, Teluk Bahang, Georgetown, Pulau Pinang sepanjang 1.140 meter dan 78 meter tinggi itu sudah siap dibina sebanyak 80 peratus. Untuk makluman anda, gelongsor air tersebut akan dibuka pada Ogos nanti!

Apa yang menariknya ialah gelongsor air itu dijangka menjadi yang terpanjang di dunia mengatasi gelongsor air di New Jersey, Amerika Syarikat iaitu sepanjang 602 meter dan boleh mendapat pergiktirafan daripada Guiness Book of Record.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sim Choo Kheng rancangan mereka ialah untuk membina gelongsor air yang dapat membolehkan pengunjung melihat seluruh taman dan tiada niat untuk memecahkan rekod dunia tersebut. Walau bagaimanapun, mereka tetap berbangga dengan apa yang telah mereka capai. 

Gelongsor yang dibina itu menghubungkan Adventure Play dan Water Play dan kini berada dalam fasa ketiga iaitu di Gravity Play dengan kos sebanyak RM10.6 juta. 

Bermula dari puncak bukit, pengunjung akan menggelongsor ke bawah dan menyeberangi Jalan Teluk Bahang di sebelah jambatan gantung dan berakhir di kolam renang taman tema air.

Kata Kheng lagi, mereka cukup menitikberatkan alam sekitar dan berusaha sedaya upaya untuk tidak menebang mana-mana pokok. 

Dikatakan sebuah kereta kabel sepanjang 400 meter dengan 30 kerusi juga akan disiapkan pada waktu yang sama.

Mari saksikan sedikit rakaman disebalik tabir proses pembinaan gelongsor air terpanjang di dunia ini. Memang mengujakan! 

Sumber: SAYS , METRO

Maybe you're interested :

Share

Video Popular