Sepanjang tempoh kehamilan memang banyak ujian dan cabaran yang dihadapi oleh bakal ibu. Bukan mudah untuk menjaga kandungan terutama pada peringkat awal.

Namun, lama-kelamaan apabila mereka mula membiasakan diri dengan keadaan tubuh mereka semuanya menjadi lebih mudah dibanding pada peringkat awal. Tetapi, tidak semuanya dapat dikawal. Ada juga kesakitan yang masih ditanggung wanita hamil sepanjang mengandung terutamanya sakit belakang.

Lazimnya wanita terpaksa menghadapi rasa sakit pinggang walaupun ketika usia kandungan baru masuk beberapa bulan.

Rasa sakit pinggang, pinggul atau sakit belakang ini bukan sakit biasa-biasa. Ada yang lebih teruk sehingga membuatkan mereka tidak boleh bangun. Hal ini mungkin dianggap biasa kerana saiz kandungan yang semakin besar di dalam rahim mereka.

artriteremedio.faith

Menurut pakar, sakit pada bahagian belakang pinggang semasa hamil adalah sesuatu yang normal. Jangan terlalu risau kecuali jika kesakitan yang dialami terlampau kuat dan masih tidak baik walaupun setelah berehat. 

Kesakitan ini dikatakan biasa kerana bayi dan rahim semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila perut semakin menonjol ke luar. Untuk mengimbang pusat graviti ini selalunya akan menyebabkan wanita mengalami kesakitan pada bahagian belakang.

Tambahan lagi, jika seseorang wanita yang sedang hamil mengangkat barang yang berat kemungkinan kesakitan itu akan bertambah.

Selain itu, punca sakit belakang adalah kerana perubahan hormon. Lagi banyak mereka melakukan pergerakan yang memerlukan mereka membongkok dan berdiri atau berjalan lebih lama, maka semakin bertambahlah sakit mereka.  

Tetapi anda tidak perlu risau kerana semua itu hanya bersifat sementara dan kesakitan itu akan beransur hilang selepas mereka berehat dan pastinya sakit belakang akan hilang selepas melahirkan anak.

Sumber: Dr Zubaidi

Maybe you're interested :

Share

Video Popular