PASIR GUDANG – Kerajaan Johor mengeluarkan perintah untuk menutup 14 buah sekolah di seluruh Pasir Gudang selama empat hari iaitu sehingga 27 Jun akibat pencemaran udara yang berlaku baru-baru ini.

Malaysia Kini

Menurut Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar, arahan penutupan sekolah itu dibuat setelah pelajar di tiga buah sekolah mengalami simptom seperti sesak nafas dan muntah-muntah.

Malaysia Kini

“Jadi, Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik buat ketetapan supaya sekolah yang berada dalam jajaran lokasi kejadian ditutup empat hari sehingga 27 Jun ini,” kata Khuzzan dalam sidang media di Stadium Tertutup Pasir Gudang.

FB Julie Juliana

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Bukit Dahlia, SK Taman Cahaya Masai, SK Felda Cahaya Baru, SK Kong Kong Laut, SK Taman Nusa Damai, SK Kopok, SK Kota Masai 3, SK Taman Cendana, SMK Taman Nusa Damai, SMK Pasir Gudang, SMK Kota Masai, SJK(T) Pasir Gudang, SK Taman Scientex dan SMK Taman Scientex.

FB Julie Juliana

Selain 14 sekolah berkenaan, terdapat dua lagi sekolah yang ditutup sebelum ini iaitu SK Pasir Gudang 4 dan SMK Pasir Gudang 2.

“Institusi pengajian awam, sekolah agama kerajaan Johor, pra sekolah dan tadika turut terlibat,” tambahnya lagi.

FB Julie Juliana

Astro Awani melaporkan sehingga jam 3.30 petang semalam, sekitar 13 individu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI). 49 lagi telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan klinik sementara Stadium Tertutup.

@bernamadotcom|Twitter

Sumber: Malaysia Kini , Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular