Adakah anda gemar minuman bersoda? Jika anda perasan, rasa minuman bersoda di restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan lain-lain tidak sama jika dibandingkan dengan minuman bersoda yang dijual di pasar raya. Ya, air yang sama tetapi rasanya lain malah lebih enak.

Sebagai contoh, tidak kira sama ada anda beli minuman bersoda dalam botol atau tin, rasanya tetap lain daripada minuman bersoda yang anda beli dari KFC.

Rahsianya ialah minuman bersoda yang dibeli dari restoran makanan segera sebenarnya dibuat secara ‘on the spot’.

Pergi sahaja ke restoran yang menjual makanan segera pastinya anda pernah melihat mesin minuman ringan disediakan. Ia bukan sahaja memudahkan kerja pekerja restoran malah mesin tersebut dapat mengeluarkan air dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan menggunakan tangan secara ‘manual’.

cookingpanda

Terdapat pelbagai jenis pilihan minuman yang disediakan mengikut kehendak pelanggan. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menekan butang atau hanya menolak tuas yang ada di situ dan pastikan cawan diletakkan di bahagian bawah untuk air mengalir keluar.

Tidak sampai sesaat air yang dipilih sudah boleh dinikmati. Namun begitu, tahukah anda bagaimana sebenarnya mesin tersebut berfungsi?

edition

Dalam mesin minuman soda, kabon dioksida (CO2) dilarutkan ke dalam air dengan cara menurunkan suhu air atau meningkatkan tekanan gas CO2 menggunakan karbonator. Pam penggalak akan memaksa air untuk meningkatkan tekanan yang membolehkan CO2 dilarutkan ke dalam air.

sodabarsystem

Air soda kemudian dicampur dengan sirap berperisa untuk mencipta minuman ringan. Sirap dan air berkarbonat akan dicampurkan bersama dan keluar daripada muncung atau ‘nozzle’ yang hanya akan diaktifkan apabila pelayan atau pelanggan menolak tuas yang disediakan.

Sirap biasanya akan disimpan dalam beg plastik yang disambungkan ke tiub. Perasa soda diambil dari beg plastik menggunakan tekanan udara apabila tuas ditolak.

reddit

Di samping itu, bekas ais berfungsi bukan sahaja untuk memastikan soda sentiasa dalam keadaan sejuk malah untuk menyediakan ais kepada pelanggan.

‘Dispenser’ ais mengandungi alat berputar yang perlahan-lahan menolak ais ke arah pembukaan. Ais akan jatuh melalui pembukaan, ke bawah pelongsor dan ke dalam minuman pelanggan. 

Sumber: COCO

Maybe you're interested :

Share

Video Popular