Natalie Bell, seorang ibu dari Australia memikirkan anak perempuannya, Shae, sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan. Ia telah mendorong Natalie untuk membuat sarung tali pinggang keledar dengan label khas buat kanak-kanak yang akan memberi amaran kepada sesiapa sahaja untuk membantu anak ini sekiranya dia berada dalam situasi kecemasan. Dalam masa semalaman, ideanya ini menjadi tular dan Natalie menerima ribuan permintaan dan tempahan untuk sarung tali pinggang keledar yang sama.

Natalie Bell/Personalised by nat

Natalie Bell, yang berasal dari Victoria, Australia, memiliki perniagaan bernama Personalised by nat di mana dia mereka cipta barangan peribadi, dengan kebanyakan produk untuk ibu bapa dan anak. Natalie membuat keputusan untuk membuat sarung perlindungan tali pinggang keledar yang mudah dengan huruf besar dan jelas di atas latar belakang berwarna putih bagi memudahkan sesiapa sahaja membacanya.

 Natalie Bell/Personalised by nat

Ibu dari Australia mencipta tali pinggang keledar ini untuk memberi amaran kepada pasukan perkhidmatan kecemasan mengenai isu-isu kesihatan kanak-kanak.

Natalie Bell/Personalised by nat

Pada 5 Jun, Natalie Bell memuat naik ciptaannya di Facebook dengan kapsyen:

“Saya selalu tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika saya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan anak perempuan saya di dalam kereta dan saya tidak dapat memberitahu doktor bahawa anak perempuan saya tidak boleh diberi MRI kerana mempunyai implan koklea. Kini saya tidak perlu bimbang tentang itu dengan adanya perlindungan tali pinggang keledar seperti ini. Ini boleh dibuat untuk pelbagai keperluan khas yang boleh digunakan oleh pasukan perubatan sekiranya anda tidak dapat memberitahu mereka.”

Natalie Bell/Personalised by nat

Sarung ini boleh dipasang pada tali pinggang keledar atau tempat-tempat lain seperti tali beg galas dengan mudah. Walaupun Shae seorang yang pekak dan sarung itu menunjukkan keadaan kesihatannya, Natalie juga menawarkan pembuatan sarung label perlindungan dengan pelbagai isu kesihatan kanak-kanak.

Natalie Bell/Personalised by nat

Ia termasuk autisme, diabetes, sindrom down, serta beberapa sarung dengan label yang menunjukkan bahawa kanak-kanak ini tidak boleh bercakap atau kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan.

Natalie Bell/Personalised by nat

Natalie berkata gelang perubatan selalu dipakai oleh kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan dan ia juga berguna, tetapi gelang ini sering terlindung atau tertutup oleh pakaian.

Natalie Bell/Personalised by nat

Maka, atas sebab itu sarung tali pinggang keledar lebih menonjol dan membuatnya lebih jelas bagi sesiapa sahaja yang mendekati kanak-kanak ini, terutama sekiranya berlaku kes kemalangan kerana orang pertama yang bertindak balas dan membantu mungkin bukan daripada golongan profesional perubatan.

Natalie Bell/Personalised by nat

Natalie Bell menjual sarung tali pinggang keledar dengan pelbagai label amaran isu kesihatan kanak-kanak di laman sesawangnya dengan tawaran harga $15.00 (RM43.00) setiap satu.

Natalie Bell/Personalised by nat

Natalie turut memberi amaran bahawa oleh kerana permintaan dan tempahan terhadap produk ini agak tinggi, ia mungkin mengambil masa selama 2 hingga 4 minggu untuk dihantar kepada pelanggannya.

Sumber : Bored Panda, Natalie Bell

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular