Seorang ‘pitcher’ bertangan kidal, Cole Shinsky dari Fort Woth, Texas dikatakan telah kehilangan ibunya sembilan tahun dahulu.

Namun, dia percaya arwah ibunya masih lagi mencari dan memerhatikannya untuk menghiburkannya dengan cara ‘menjadi’ seekor rama-rama kuning. Hal ini kerana baru-baru ini dia dikhabarkan telah dikunjungi oleh seekor rama-rama kuning.

 

View this post on Instagram

 

This exact pitch missed by over 3 feet…

A post shared by Cole Shinsky (@coleshinsky) on

Apa yang menariknya semasa hidupnya, ibu Shinsky memberitahu anaknya itu tentang satu perkara yang tdak mungkin akan dapat dilupakan oleh Shinsky sehingga ke hari ini.

“Dia pernah mengatakan bahawa dia akan menjadi rama-rama kuning satu hari nanti,” tulis Shinsky di Twitter.

Kemudian sekitar Hari Ibu lalu, ada ‘pelawat’ yang tidak dijangka tiba-tiba muncul di saat ‘Shinsky’ memerlukan ibunya dan pelawat yang dimaksudkan ialah seekor rama-rama kuning!

“Saya sedang memancing di limbungan berdekatan dengan rumah ibu saudaranya. Saya melihat ibu saudara mula berjalan ke arah saya dengan tanggannya yang tertutup dan dia berkata, ‘tekalah siapa yang datang untuk melawat?’ “Kata Shinsky kepada The Dodo.

Pada mulanya Shinsky tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh ibu saudaranya lebih-lebih lagi apabila melihat wanita itu sudah menangis.

Dia kemudian membuka tangannya dan Shinsky melihat ada seekor rama-rama kuning yang kecil di telapak tangannya. Wanita itu kemudiannya menyerahkan rama-rama tersebut kepadanya.

“Apabila saya berhenti bergerak, rama-rama itu berjalan di atas lengan saya dan duduk di bahu kiri saya selama beberapa minit sebelum saya berjalan ke luar semula.”


Twitter / Cole Shinsky

Rama-rama kuning tersebut hinggap pada Shinsky selama beberapa minit sebelum terbang kembali.


Twitter / Cole Shinsky

Untuk mengekalkan momen tersebut buat selama-lamanya, Shinsky merancang untuk membuat tatu gambar dua ekor rama-rama kuning di bahu kirinya. Memang momen yang sangat menyentuh hati!

Sumber: Cole Shinsky|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular