MOSCOW – Seekor beruang kutub yang didapati merayau-rayau di sebuah tapak pelupusan sampah di bandar Norilsk, Rusia dalam keadaan yang lemah, keliru dan mengalami kebuluran. Keadaan tersebut amat meresahkan golongan pencinta haiwan dan alam sekitar.  

Reuters 

Mamalia berkenaan dipercayai meninggalkan habitat asalnya di Artik – jarak ratusan kilometer, ternyata mengejutkan dan menyedarkan orang ramai akan isu pemanasan global, pencairan ais, pemusnahan habitat selain kerosakan yang dilakukan oleh manusia.

Menurut Reuters, beruang kutub berusia 2 tahun tersebut dibawa dan ditempatkan di sebuah zoo di Krasnoyarsk, Siberia untuk menjalani rawatan. Gambar beruang kutub betina itu mula tular pada Ahad lalu ekoran kelihatan tidak sihat dan hampir mati selepas menggeledah sampah sarap tanpa menemui sebarang sumber makanan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan daripada syarikat minyak Rosneft, pihaknya turut terlibat sama dalam operasi memindahkan beruang kutub itu dari Nirilsk ke Krasnoyarsk. “Beruang berkenaan menerima segala rawatan dan makanan kesihatan yang sewajarnya”.

Reuters 

Apa yang jelas adalah perubahan iklim yang berlaku di dunia telah memusnahkan habitat dataran ais lalu memaksa haiwan di sana bergerak lebih jauh untuk mendapatkan sumber makanan. Namun, masih tiada butiran lanjut lagi mengenai cara beruang kutub itu tiba di Norilsk.

Oleg Krashevsky selaku pakar hidupan liar yang terserempak dengan beruang itu sewaktu di Norilsk, berkata bahawa beruang itu mungkin telah tersesat. Semasa ditemui, mata beruang itu berair, dan ia tidak dapat melihat dengan jelas. Beruang itu juga terlalu lemah untuk dihantar pulang ke habitat asalnya.

Sumber: Astro Awani 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular