Pencemaran air, tanah dan udara semakin berleluasa sejak beberapa dekad yang lalu dan insiden ini ternyata memberi kesan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga hidupan flora dan fauna. Meskipun isu alam sekitar telah banyak kali dibincangkan di peringkat global dan banyak langkah yang kerajaan ambil untuk menanganinya, isu ini masih tiada perubahan.

Hanya segelintir pihak sahaja yang sedar akan keadaan bumi dan mahu melakukan perubahan. Misalnya menggunakan sudu dan garfu yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, tidak lagi menggunakan bahan plastik, makan makanan organik dan macam-macam lagi!

Selain itu, kita juga boleh mengambil bahagian dalam penjagaan alam sekitar dengan menggunakan barangan mesra alam seperti senarai-senarai di bawah…

#1 Cawan daripada tumbuhan ini akan terurai dan membolehkan cendawan tiram tumbuh daripadanya

test

 theallotmentcafemossley / Instagram   © livingrootscomposttea / Instagram 

#2 Daun pisang sebenarnya boleh gantikan plastik untuk membungkus makanan

#3 Menurut pakar, sebanyak 500 juta penyedut minuman digunakan di Amerika Syarikat sahaja. Apa kata kita gunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada buluh ini?

#4 Atau gunakan penyedut minuman logam

#5 Pinggan ini diperbuat daripada daun. Cantik!

#6 Pembalut ini menggunakan fabrik semula jadi dan lilin lebah yang digunakan untuk membungkus apa-apa jenis makanan

#7 Lilin lebah dijadikan sebagai lilin

 

View this post on Instagram

 

#beewaxcandle #beewaxwrap #candles

A post shared by Aneta Vančatová (@anetavancatova) on

#8 Botol ini sebenarnya diperbuat daripada tumbuhan kanji dan beberapa bahan semula jadi lain

#9 Tempurung kelapa sebagai mangkuk sarapan pagi anda!

#10 Produk penjagaan kecantikan seperti shampu, gel mandian dan krim mandian yang didatangkan tanpa pembungkusan

© oceanic_bath / Instagram   © lushlivingston / Instagram

#11. Plastik digantikan dengan daun pisang

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular