Sebuah sinki membasuh tangan mengalami kerosakan dan tekanan yang berat menyebabkan ia pecah lalu membawa kecederaan yang serius kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Dalam insiden pada 14 Jun, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ini berada di bilik mandi rumahnya untuk membasuh tangan dengan menekan sinki seramik yang sudah mengalami keretakan dan ia telah terhempas secara tiba-tiba, menyebabkan arteri serta urat saraf pada anggota badannya telah terputus sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak.

Pexels/Gambar Hiasan

Kanak-kanak ini telah dikejarkan ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan segera. Para doktor mengambil masa selama 4 jam melakukan pembedahan untuk memulihkan kembali arteri dan urat sarafnya yang terputus.

Pakar perubatan memberi amaran bahawa sinki lama yang telah lebih retak perlu diberikan perhatian, tambahan pula apabila strukturnya selalu menjadi tempat bagi anak-anak dengan tabiat mereka yang suka bergantung di atasnya. Apabila ia pecah boleh menyebabkan kecederaan yang boleh memudaratkan sehingga mampu membawa maut.

Pixabay/Gambar Hiasan

Ramai kanak-kanak akan mencuci tangan dengan badan mereka berada di bawah paras sinki. Ibu bapa perlu berhati-hati dan memantau anak ini dengan memberikan bantuan apabila perlu oleh kerana sekiranya mereka menjadikan sinki tempat bergantung, ia boleh menyebabkan terlalu banyak tekanan dan akan pecah sekiranya ia mengalami kerosakan.

Pakar pembedahan plastik dan rekonstruktur dari Hospital Chi Mei Medical Center, Dr Lin Youxi baru-baru ini berkongsi gambar pembedahan ke atas kanak-kanak tersebut dengan tiga pakar bedah, yang menggunakan dua mikroskop pembedahan bersama alatan mikroskopik khas untuk membetulkan arteri dan urat saraf yang telah terkoyak.

Dr Lin Youxi/Facebook

Mereka menghabiskan masa selama 4 jam, untuk membedah kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah di bahagian paha dan tangan dengan kerosakan saraf, saluran darah dan otot. Mereka berusaha mencantumkannya satu demi satu. Hanya kerana kanak-kanak ini ingin mencuci tangan di atas sinki yang rosak dan pecah mengakibatkan dia kehilangan banyak darah ekoran mengalami luka yang parah.

Dr Lin Youxi berkata, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ini berada di bilik mandi dan ingin membasuh tangan dari sinki seramik yang telah retak. Dia bergantung di atas sinki menyebabkan ia terhempas dan pecah lalu mencederakannya. Nasib baik anak ini tidak menutup pintu bilik air, dan keluarganya mendengar bunyi pecah dan jeritan. Mereka mendapati kanak-kanak ini telah berlumuran darah, dan kemudian telah digegaskan segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Doktor mendapati bahawa luka kanak-kanak ini amat serius, satu arteri dan urat saraf pada bahagian bawah badan dengan empat semuanya telah terputus atau terkoyak, di mana bahagian ketiak kanan, lengan kiri dan otot paha kanan mengalami luka yang teruk di samping beberapa luka kecil yang terkoyak di beberapa bahagian anggota badan lain.

Pasukan perubatan bergegas untuk menghentikan pendarahan, memeriksa nadinya, dan menunggu anak ini stabil sebelum melakukan pembedahan. Selepas memberi ubat bius, budak lelaki ini menjalani pembedahan membaiki kecederaan paha dan tangan selama 4 jam.

Dr Lin Youxi/Facebook

Selepas pembedahan, pemulihan dan pergerakan pada bahagian saraf kanak-kanak ini akan menjadi lebih perlahan. Dia perlu menjalani rawatan pemulihan lanjutan selepas pembedahan bagi memulihkan otot dan saraf pada bahagian peha dan tangannya.

“Kanak-kanak lelaki ini masih berada di hospital untuk rawatan susulan. Dia masih berasa sakit apabila menukar pakaian, anak ini sangat berani.” kata Dr Lin Youxi.

Bahagian yang sukar adalah kemampuan anak ini yang sudah mempunyai kecederaan saraf untuk mendapatkan kehidupannya yang normal. Pergerakannya akan menjadi lebih perlahan, terutama untuk mengangkat dan menurunkan lengannya dengan baik. Ia mungkin mengambil masa selama 6 bulan atau lebih untuk pulih.

Dr Lin Youxi mengingatkan ibu bapa supaya tidak membiarkan anak anda menekan sinki ketika membasuh tangan. Seringkali luka pemotongan yang disebabkan oleh sinki seramik atau kaca yang pecah akan menyebabkan kecederaan yang serius.

Pexels/Gambar Hiasan

Patuhi perkara berikut yang mampu membendung kemalangan ketika menggunakan sinki basuh tangan daripada berlaku.

1.Periksa sinki basuh tangan yang lama dan gantikan ia dengan yang baru sekiranya telah retak dan mengalami kerosakan.

Sinki seramik di rumah yang agak lama, terdedah kepada keretakan atau longgar setelah digunakan untuk jangka masa yang panjang. Minta bantuan mereka yang arif atau pakar untuk memeriksanya bagi mengelakkan ia pecah dan terjatuh yang akan mengakibatkan kecederaan teruk kepada penggunanya.

Elakkan memasang sinki yang digantung tidak kukuh, tanpa sebarang sokongan di bawahnya, yang mudah ditekan dan akan menjadi tidak seimbang.

Pixabay/Gambar Hiasan

2.Elak memasang sinki seramik dalam bentuk yang tergantung.

Sila pilih jenis sinki dengan platform atau dalam bentuk pendakap atau kurungan, dan sesetengah netizen menunjukkan bahawa mereka boleh membeli pendakap tersebut di kedai perkakasan bagi mengukuhkan struktur sinki ini menjadi lebih stabil.

3.Jangan menekan sinki ketika membasuh tangan.

Kanak-kanak tidak mudah mencapai paras sinki kerana mereka tidak cukup tinggi. Jadi mereka suka menekan sinki ketika mencuci tangan sehingga ia menjadi bebanan. Ramai ibu bapa suka membiarkan anak-anak berdiri di dalamnya ketika mahu mencuci kaki mereka. Ini adalah tabiat dan tingkah laku yang berbahaya.

Pexels/Gambar Hiasan

4.Jangan letakkan objek berat di atas sinki.

Ramai orang suka meletakkan gel mandian dan syampu serta lain-lain alatan mandian yang berat di atas sinki, yang tidak mempunyai struktur yang kukuh. Ia akan memberi bebanan yang boleh menyebabkan sinki terjatuh dan pecah sekiranya ia mengalami kerosakan.

Sumber : ETtoday, Lin You Cheng|Facebook

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular