Makanan yang dipanggang menjadi salah-satu menu kegemaran orang ramai. Di Malaysia sahaja, makanan yang dipanggang sememangnya menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang sangat menyelerakan.

Walau bagaimanapun, ramai yang tahu bahawa untuk menyalakan api bagi memanggang bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Bagi sesetengah orang, mereka mengambil masa yang sangat lama semata-mata mahu menyalakan api.

Edson Basilio Soares Soares/Facebook

Oleh itu, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda sebuah ilmu yang dikongsi oleh seorang lelaki yang menunjukkan cara yang paling mudah dan cepat untuk menyalakan api pada arang.

Berbanding menggunakan kipas angin atau kipas tangan yang selalu digunakan oleh ramai orang, lelaki ini hanya menggunakan dua botol air yang telah kosong.

Edson Basilio Soares Soares/Facebook

Dalam video yang dikongsikan, lelaki itu dilihat menggunakan dua botol dengan salah satu bahagian bawah botol dipotong dan kemudian satu lagi botol dimasukkan ke dalam lubang itu dalam arah yang bertentangan.

Edson Basilio Soares Soares/Facebook

Kemudian, untuk menghasilkan angin, lelaki itu hanya mengepam botol yang tidak dipotong itu sambil menghadapkan mulut botol yang berlawanan ke arah arang kayu. Walaupun cara ini kelihatan agak aneh, tetapi ternyata cara ini boleh menjimatkan masa dan memberi kesan yang dimahukan!

Untuk gambaran yang lebih jelas, tonton video yang dikongsi ini:

Edson Basilio Soares Soares/Facebook

Selamat mencuba!

Sumber: Edson Basilio Soares Soares/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular