Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai alternatif untuk kita membeli-belah. Terdapat perkhidmatan penjualan barangan secara dalam talian menerusi siaran di kaca televisyen juga.

Sebut sahaja GO Shop, pasti rata-rata daripada kita yang pernah membeli barang daripada situ, bukan?

Kita sudah sedia maklum, apabila pengiklanan produk dibuat di GO Shop, ia pasti akan lengkap dengan demonstrasi yang dilakukan oleh pengacaranya bersama jurucakap selebriti produk berkenaan.

Mighty Coco|Twitter

Namun, langit tidak selalunya cerah. Itulah yang berlaku pada pelakon Fouziah Gous apabila demonstrasi yang dilakukannya tidak menjadi seperti apa yang direncanakan lalu mengundang tawa penonton.

Mighty Coco|Twitter

Video rakaman demonstrasi yang dilakukan itu sudah pun tular di laman Twitter, di mana ia dikongsikan oleh seorang pengguna, Mighty Coco.

Semasa sedang bersungguh mempromosikan pinggan tersebut, Fouziah selaku jurucakap dengan yakin mendakwa bahawa pinggan itu tidak mudah pecah sungguhpun telah terjatuh beberapa kali.

Bagi membuktikan dakwaannya, Fouziah telah menjatuhkan pinggan itu ke lantai. Mengejutkan apabila pinggan itu berkecai sejurus dilemparkan.

Insiden yang tidak disangka-sangka itu menjadikan Fouziah sedikit panik lalu meminta maaf dengan tenang sambil mengatakan bahawa mungkin pinggan itu pecah kerana sudah dijatuhkan beberapa kali.

Mighty Coco|Twitter

Kenyataan tersebut telah diretweet sebanyak 18,300 kali dan mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Ada juga yang mula mempersoalkan kualiti produk yang dijual. Apa-apa pun, anda semua dinasihatkan untuk berfikir dengan bijak dahulu sebelum berbelanja.

Sumber: Mighty Coco|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular