KUALA LUMPUR: Bata mengorak langkah setapak lagi apabila berjaya mengadakan kerjasama dengan filem Disney Pixar Toy Story 4 bagi menghasilkan kasut kanak-kanak yang istimewa dan sesuai digayakan di mana-mana majlis.

Seperti yang kita tahu, apabila dengar sahaja Toy Story memang terus mengingatkan kita dengan alat permainan yang diidamkan oleh anak-anak untuk bermain.

Istimewanya kepada peminat Toy Story, Bata Kids mengeluarkan koleksi terbaru dengan menghasilkan sesuatu yang istimewa iaitu rangkaian kasut dan sandal comel yang ditampilkan dengan karakter komedi kartun ini.

Lebih mengujakan, koleksi terbaru didatangkan khas dengan koleksi berwarna-warni dan ceria dengan penampilkan karakter Woody dan Buzz Lightyear.

Bagi menampilkan pemakaian luar biasa, Bata Kids turut menampilkan lampu LED pada setiap koleksi terbaru tersebut dan menyebabkan kasut yang digayakan oleh si kecil anda akan mengeluarkan lampu pada setiap langkah mereka.

Penampilan yang luar biasa itu semestinya melahirkan perasan yang teruja kepada si kecil untuk menggayakan kasut atau sandal dengan karakter kegemaran mereka untuk di bawa berjalan ke mana-mana saja.

Koleksi Bata Kids kali ini bukan sahaja hadir dengan rekaan kasual tapi juga sesuai untuk dipakai setiap hari.

Koleksi istimewa tersebut telah berada di pasaran mulai 19 Jun lalu dengan tawaran harga istimewa.

Anda boleh mengunjungi butik Bata Kids untuk dapatkan dengan segera dan dapatkan koleksi istimewa tersebut untuk si kecil anda di butik-butik Bata Kids yang berhampiran.

Bata mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1935 dan sehingga kini mempunyai lebih 240 rangkaian kedai di seluruh negara.

Sumber: Bata

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular