Semua kaki tangan kerajaan negeri Sabah kini dibenarkan memakai pakaian tradisional etnik masing-masing yang ditermakan sebagai ‘busana’ untuk ke tempat kerja pada setiap hari Khamis.

Free Malaysia Today

Menurut The Borneo Post, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata bahawa pakaian etnik tradisional seharusnya diterima sebagai salah satu pakai rasmi ke tempat kerja kerana ia melambangkan kebudayaan masyarakat di Sabah.

Pengumuman itu dibuat pada hujung minggu semasa sambutan Upko Kaamatan tahun 2019. Langkah itu juga diakui oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Shafie Apdal semasa majlis penutupan Kaamatan di Sabah pada 31 Mei lalu.

Masyarakat Sabah digalakkan untuk memakai ‘busana’ penuh ke tempat kerja

The Borneo Post

Apabila ditanya mengenai penutup kepala untuk golongan lelaki (sigar) dan skaf kepala wanita serta ‘limpogot’, Datuk Wilfred berkata, “Bah, ianya busana – bermakna pakaian tradisional penuh. Kita akan cuba memakainya sebanyak yang boleh”.

Kita sudah sedia maklum bahawa sebelum ini kaki tangan awam dimestikan memakai pakaian batik untuk ke tempat kerja setiap hari Khamis. Diharapkan agar arahan baru itu juga akan membantu menjana ekonomi Sabah.

Gambar Hiasan|MOHD RASFAN/AFP/Getty Images

Dalam kenyataan itu, Datuk Wilfred berkata langkah itu juga akan membantu mempromosikan produk tempatan dan meningkatkan ekonomi mereka yang terlibat secara langsung dalam pembuatan pakaian tradisional di Sabah, lapor Free Malaysia Today.

Sumber: Free Malaysia TodayThe Borneo Post

Maybe you're interested :

Share

Video Popular