LONDON – China membunuh ahli-ahli kumpulan spiritual Falun Gong dan menuai organ mereka untuk industri pemindahan organ, demikian yang diputuskan oleh panel peguam dan pakar pada hari Isnin, 17 Jun dan mereka menyeru siasatan lanjut diadakan yang juga didapati sebagai pembunuhan beramai-ramai berpotensi.

Kesemua ahli tribunal berkata mereka telah mendengar keterangan dan bukti kukuh bahawa penuaian organ secara paksa berlaku sejak sekurang-kurangnya selama 20 tahun dalam penghakiman akhir dari Tribunal China, sebuah panel bebas yang ditubuhkan oleh kumpulan kempen penyiasatan penuaian organ untuk mengkaji isu tersebut.

NTDTV /YouTube

Beijing berulang kali menafikan tuduhan yang dikemukakan oleh para penyelidik dan ilmuwan hak asasi manusia bahawa pihak mereka telah mengambil organ secara paksa dari tahanan kerohanian dan menyatakan bahawa kerajaan China telah berhenti mengambil organ daripada banduan yang dibunuh pada tahun 2015.

Tetapi panel mengatakan bahawa mereka yakin bahawa amalan itu masih berlaku, dengan memenjarakan pengamal Falun Gong yang mungkin menjadi ‘sumber utama’ untuk penuaian organ secara paksa.

Falun Gong adalah kumpulan kerohanian yang berasaskan amalan latihan meditasi yang dilarang dan telah diharamkan di China sejak 20 tahun yang lalu selepas 10,000 pengamal muncul di majlis kepimpinan pusat di Beijing untuk mengadakan protes senyap.

Sejak hari itu, beribu-ribu ahli dan pengamal Falun Gong telah dipenjarakan.

Benjamin Chasteen/The Epoch Times

Tidak jelas untuk memastikan sama ada etnik minoriti Uighur Muslim turut menjadi mangsa. Akan tetapi tribunal juga mendapati dengan beberapa keterangan dan berpendapat bahawa etnik ini juga terdedah menjadi ‘sumber yang digunakan sebagai bank organ’.

“Kesimpulan melalui keterangan saksi-saksi juga menunjukkan bahawa ramai tahanan yang telah meninggal dunia dengan sebab kematian yang tidak dapat diterangkan dengan jelas, ” kata pengerusi tribunal Sir Geoffrey Nice dalam penghakiman itu.

Namun, seorang jurucakap Kedutaan China di London mengatakan bahawa peraturan kerajaan China mengatakan pendermaan organ manusia mesti secara sukarela dan tanpa bayaran.

“Kami berharap rakyat Britain tidak akan disesatkan dan terperdaya dengan laporan khabar angin,” kata seorang jurucakap itu dalam satu kenyataan melalui emel yang dihantar sebelum penghakiman akhir tribunal dikeluarkan.

NTDTV/YouTube

Tribunal China ditubuhkan oleh sebuah kumpulan kempen yang dikenali sebagai ‘International Coalition to End Transplant Abuse in China’ yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan sama ada terdapat salah laku jenayah akibat amalan pemindahan organ di China.

Panel Tribunal China yang terdiri daripada tujuh orang ahli berkaliber dalam bidang mereka telah memutuskan dengan “tiada keraguan” bahawa penuaian organ secara paksa daripada tahanan telah berlaku “pada skala yang besar oleh organisasi dan individu yang disokong atau diluluskan oleh kerajaan” dalam penghakiman interim yang dikeluarkan pada bulan Disember 2018.

Panel itu berkata dalam penemuan mereka bahawa terdapat ‘indikasi’ pembunuhan beramai-ramai tetapi bukti yang dikemukakan tidak cukup jelas untuk membuat keputusan yang positif, terutamanya selepas beberapa tahanan Falun Gong telah dibebaskan dan keuntungan yang diperolehi hanya didapati merupakan motif.

Keputusan ini ingin menekankan kepada dunia bahawa mana-mana kerajaan dan kumpulan antarabangsa terbuka untuk menyiasat isu ini dengan selanjutnya.

Linda Zhang/Epoch Times

Mereka juga mendapati jenayah kemanusiaan dan penganiayaan serta penyeksaan telah dilakukan terhadap kumpulan Falun Gong dan etnik minoriti Uighur.

Ahli-ahli kempen, aktivis hak asasi manusia dan pengamal Falun Gong telah mengalu-alukan dan berpuas hati dengan keputusan ini.

“Pemerdagangan organ sering terlepas pandang dan diabaikan di sektor kami tetapi jenayah kejam ini memerlukan lebih perhatian kerana ia memberi kesan kepada kita semua,” kata jurucakap Yayasan Pemerdagangan Manusia.

Salah seorang pengamal Falun Gong, Jennifer Zeng yang menjadi saksi dan memberitahu tribunal bahawa dia telah menjalani pemeriksaan darah dan kesihatan ketika ditahan di kem tahanan, berkata beliau berharap keputusan tribunal akan diteruskan dengan tindakan segera.

Shar Adams/Epoch Times

“Saya berharap lebih banyak negara akan meluluskan undang-undang untuk melarang rakyat mereka daripada pergi ke China untuk melakukan pemindahan organ,” katanya kepada Yayasan Thomson Reuters.

Harapan Jennifer, “Dan saya berharap dunia dan masyarakat antarabangsa akan mencari jalan untuk menghentikan pembunuhan di China sekarang.”

Lihat video di bawah:

CBN News/YouTube

Sumber : NTDTV, CBN News , The Straits Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular