Banyak manfaat yang boleh diterima menerusi pengamalan meditasi. Pengamal meditasi lazimnya mempunyai tahap “Alpha brain waves” yang tinggi, di mana ia akan mengurangkan rasa marah, sedih, stres, selain mampu membantu memberikan kesan positif dalam hidup.

Banyak kajian berkaitan neurosains mendapati bahawa ‘grey matter’ pada otak seseorang mempunyai kaitan dengan pembelajaran, ingatan, dan emosi menjadi lebih padat sebagai satu amalan pemikiran. Jadi tidak hairanlah bahawa meditasi ini sudah pun diamalkan pada zaman dahulu lagi.

Salah satu meditasi yang dipraktikkan oleh jutaan individu di seluruh dunia – Falun Gong (juga dikenali sebagai Falun Dafa) telah membuktikan bahawa ia mampu mengurangkan kebimbangan, meningkatkan ketenangan selain memperbaiki tahap kesihatan mental dan fizikal.

Namun, apa yang menyedihkan ialah amalan yang berprinsip kepada Sejati, Baik dan Sabar berupaya untuk menyumbat seseorang ke dalam penjara jika diamalkan di China.

Mereka juga turut dibunuh oleh pihak kerajaan yang memerintah di sana. Sungguhpun menerima banyak tentangan terhadap pengamalannya, beberapa individu terkenal di bawah ini masih meneruskan amalan meditasi.

#1. Hugh Jackman

Hugh Jackman, yang berusia 50 tahun mendedahkan bahawa dia mengamalkan meditasi dalam kehidupan sehariannya. “Semua individu yang saya jumpa telah mendapatkan manfaat daripada meditasi. Ia telah mengubah hidup saya. Ia boleh dilakukan oleh semua orang, walaupun anda tidak mempunyai bakat pada mulanya dan ia amat mudah untuk dilakukan.

Jika anda berhadapan dengan kesukaran dan tidak jumpa cara untuk menyelesaikannya, lakukannya dan ia bakal mengubah kehidupan anda. Saya tidak berasa takut dan tidak tertekan lagi, tetapi saya suka akan analogi di mana segelas air yang mula dituang itu agak keruh.

Itu yang terjadi pada otak anda jika anda tertekan. Selepas meditasi, ia akan berkumpul di bawah gelas dan anda dapati air tadi akan jernih. Sama seperti pada minda anda jika anda lebih tenang maka keputusan yang bakal anda buat akan lebih wajar. Anda berupaya untuk mendengar dengan lebih baik. Sebagai pelakon, ia amat penting. Jadi, ia jelas sekali membantu saya,” katanya.

#2. Clint Eastwood

©Getty Images | Slaven Vlasic

Legenda Hollywood  terkenal yang berusia 89 tahun telah membuat kemunculan semula dengan menjadi pengarah dan pelakon filem The Mule yang telah ditayangkan pada bulan Disember 2018 dan hasil kutipan filem berkenaan mencecah lebih $171 juta!

Jadi, daripada mana Clint mendapat tenaga dan semangat untuk melakukannya walaupun beliau bakal mencapai umur 90 tahun kelak? Semasa ditemu ramah oleh David Lynch Foundation pada tahun 2011, Clint berkata, “Saya penyokong kuat kepada Meditasi Transendental dan telah mengamalkannya selama 40 tahun. Ia merupakan cara terbaik untuk sesiapa sahaja untuk melegakan tekanan.”

#3. Chuck Norris

©Getty Images | Frederick M. Brown

Chuck Norris, 79 tahun, sangat dikenali ekoran mampu menguasai pelbagai jenis seni mempertahankan diri. Beliau menghabiskan masanya untuk mempelajari seni mempertahankan dir dan telah berjaya memperoleh beberapa tali pinggang hitam dan kejuaraan.

Menurut beliau, latihan, doa dan meditasi merupakan antara contoh ritual ketenangan. Ia berjaya menyuntik mood gembira selain menyediakan ‘laluan positif’ dalam kehidupan yang penuh dengan kekecewaan ini. “Saya mengamalkan meditasi selama 10 setiap pagi dan petang. Sebelum menghadapi mesyuarat perniagaan, saya akan meditasi untuk beberapa minit,” akhirinya.

#4. Albert Einstein

©Getty Images

Individu genius ini sangat mengagumkan masyarakat dunia dengan kepintarannya termasuklah kebolehannya membinaa teori dan mencipta asas-asas fizik moden. Dengan minda yang kekal aktif, tidak mustahil kerana beliau mengamalkan meditasi.

“Perkara yang sangat berharga ialah intuisi. Melalui meditasi, saya mendapat jawapan sebelum saya bertanya”, kata Einstein. Beliau dapat membangunkan teori baru dengan mengambil masa untuk bermeditasi terlebih dahulu – menunjukkan betapa kuatnya sesuatu yang mudah.

#5. Ivanka Trump

Ahli politik, penulis, ahli perniagaan, pereka fesyen dan juga anak kepada presiden Donald Trump yang berusia 37 tahun ini ‘mengabdikan’ dirinya untuk bermeditasi. “Meditasi merupakan perkara terpenting yang saya lakukan setiap hari. Saya akan bermeditasi selama 20 minit, secara idealnya 2 kali sehari. Kadang kala saya tertinggal sesi petang tetapi setiap pagi saya akan lakukannya.

Ia merupakan terma berharga terhadap ketenangan minda dan membuatkan saya berfikir dengan lebih jelas dan baik. Baru-baru ini pasukan saya diajar tentang Meditasi Transendental secara intensif. Hasilnya, ia meningkat produktiviti dan mengurangkan tekanan mereka,” katanya.

#6. Keanu Reeves

©Getty Images | Frederick M. Brown

Pelakon terkenal yang berusia 54 tahun ini sangat berkarisma dan berbakat jika dilihat menerusi filem yang dibintanginya. Ketika sesi pengambaran filem The Little Buddha pada tahun 1993, Reeves telah berbual dengan penganut Buddha di Nepal dan Kathmandu, dan dia telah mengetahui satu pengajaran yang sangat berharga.

“Di sana, saya belajar meditasi dan mengetahui aspek identiti dan kesengsaraan dan fasa kewujudan fenomenal. Pengalaman yang saya alami daripada meditasi membantu mengubah cara hidup saya dengan mengubah persepsi terhadap diri sendiri dan orang lain. Apa yang paling saya ingat, kita perlu kuasai ketakutan sendiri dan itu yang saya lakukan sejak mula,” jelasnya.

#7. Nicole Kidman

©Getty Images | ANGELA WEISS

Aktres Hollywood yang berasal dari Australia ini telah menjadikan meditasi sebagai salah satu rutin hariannya sejak 20 tahun yang lalu.

“Saya suka bermeditasi, lazimnya Meditasi Transendental. Ia bermula ketika saya berusia 20-an lagi, daripada situlah saya mendapat manfaat daripadanya. Kebiasannya, saya mengambil masa selama 20-30 minit. Saya juga menggunakan aplikasi pada telefon bimbit yang menetapkan masa dan menunjukkan rajah pengguna yang bermeditasi pada ketika itu juga,” akhirinya Nicole.

#8. Jan Becker

©Minghui

Jan bersaing untuk Australia ketika sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 1964 dan beliau telah berjaya mendapat pingat perak untuk acara larian berganti berpasukan.

“Saya telah mengamalkan Falun Dafa sejak 20 tahun lalu. Saya tertarik dengan amalan ini kerana ia sangat lembut namun mempunyai tenaga yang hebat. Dalam tempoh 6 bulan saya mengikuti prinsip utama Falun Dafa – Sejati, Baik dan Sabar, saya dapat rasakan perubahan hebat pada tubuh saya,” kata Jan Becker.

#9. Paul McCartney

Paul McCartney yang merupakan ahli kumpulan terkenal, The Beatles, pertama kali mempelajari medtiasi 50 tahun lalu bersama dengan ahli The Beatles yang lain – John, George, dan Ringo.

Mereka diajar secara peribadi oleh Maharishi Mahesh Yogi, pengasas Meditasi Transendental. Bulan berikutnya, mereka berempat terbang ke India untuk menerima latihan meditasi berikutnya daripada Maharishi Mahesh Yogi. “Ia amat mudah dan anda boleh lakukannya di atas kerusi ketika sedang duduk. Ia mendidik diri untuk kekal fokus”, tambahnya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular