Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti ‘penyakit misteri’ yang telah menyebabkan kematian 15 orang asli di Kg Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan, sebagai wabak measles atau demam campak.

“Orang asli di Kuala Koh, Gua Musang, disahkan dijangkiti wabak measles atau demam campak,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia di Facebook.

“Setakat 15 Jun 2019, 37 kes disahkan demam campak selepas dilakukan ujian makmal,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

@dzulkefly_ahmad|Instagram

Kementerian Kesihatan percaya bahawa jangkitan virus dapat tersebar dengan cepat kerana perlindungan terhad penduduk kampung terhadapnya.

Antara faktor utama wabak campak merebak di perkampungan itu ialah liputan imunisasi MMR yang sangat rendah iaitu 61.5% bagi dos pertama dan 30% bagi suntikan dos kedua.

Menurut portal MyHealth, rakyat Malaysia harus menerima dua suntikan MMR: satu pada usia sembilan bulan, dan dos penggalak kedua pada usia 12 bulan.

Bernama/theSundaily

Kementerian menghadapi kesukaran menguruskan vaksin kerana gaya hidup mereka yang nomad.

“Kekurangan zat makanan juga menyumbang kepada risiko jangkitan dan kejadian komplikasi, ” kata Dr Dzulkefly.

Sebagai tindak balas kepada wabak itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri untuk meningkatkan liputan imunisasi untuk komuniti Orang Asli.

Kementerian Kesihatan Malaysia|Facebook

“JKN perlu melaporkan segera kepada CPRC kebangsaan jika terdapat gejala atau kematian yang mempunyai gejala yang sama,” katanya.

Setakat 15 Jun lalu, seramai 170 daripada 185 atau 92% penduduk Orang Asli Kuala Koh telah diperiksa status kesihatan mereka.

Daripada jumlah itu, 112 kes dilaporkan kepada KKM termasuk tiga kematian, terbaharu seorang kanak-kanak berumur 2 tahun 6 bulan yang meninggal dunia pada petang Ahad di HRPZII kerana Pneumonia – akibat komplikasi measles.

PDRM juga terus pantau perkampungan Kuala Koh untuk memastikan tiada pihak luar yang tidak berkenaan memasuki kawasan itu bagi mengelak penularan jangkitan, katanya lagi.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia|Facebook

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular