Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia
Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Rasa sebak pula apabila mendengar lagu Sudirman Arshad “Dari Jauh Kupohon Maaf” yang berkumandang di corong radio.

Raya-raya macam ini memang rasa sedih sangat jika tidak dapat pulang ke kampung untuk bertemu ibu ayah dan keluarga yang lain. Tatkala orang lain sedang bergembira menyambut raya bersama keluarga, ada insan lain yang tidak dapat bersama keluarga mereka kerana tuntutan kerja atau belajar di luar negara.

Orang yang paling terkesan apabila orang yang disayangi tidak dapat bersama ketika hari raya pastinya ibu dan ayah. Walau bagaimanapun kerinduan itu terpaksa ditahan dan disembunyikan kerana yakin suatu hari nanti si anak akan pulang ke pangkuan mereka.

Kisah yang dikongsi oleh seorang netizen Estabon @arifrizwn di Twitter ini benar-benar membuatkan sesiapa pun sebak. Katanya dia dan kakaknya merancang untuk memberikan kejutan kepada ibu mereka sempena kepulangan kakaknya dari London 2 hari sebelum raya.

arifrizwn/twitter

Pada awalnya ibu Estabon @arifrizwn tidak mengesyaki apa-apa malah tidak tahu siapa yang datang ke rumah mereka. Sebaik sahaja melihat ‘tetamu’ itu, si ibu terus terduduk. Si ibu berasa teruja hingga mengalirkan air mata. Dia benar-benar terkejut dengan kehadiran anak perempuannya itu.

arifrizwn/twitter

Dua beranak itu berdakapan penuh mesra dan saling melepaskan rindu yang sudah lama terpendam di hati mereka. Si ibu kelihatan benar-benar bersyukur dengan kepulangan anaknya itu. Hari raya kali ini dirasakan lengkap dan lebih menggembirakan.

Mari tonton video yang telah dirakam oleh Estabon @arifrizwn. Anda pun pasti berasa sebak melihatnya!

Sumber: TWITTER | ARIFRIZWN

Maybe you're interested :

Share

Video Popular