Bulan Jun menyaksikan beberapa fenomena alam yang sangat mengagumkan berlaku di langit. Bermula pada 14 Jun (Jumaat), planet Zuhal dikatakan akan bercahaya dengan terang sehingga 19 Jun (Rabu) serta membentuk satu garis lurus yang ‘disertai’ oleh planet Mustrari dan bulan. Kejadian itu hanya akan boleh dilihat dengan mata kasar.

Gambar Hiasan| Lucas Pezeta dari Pexels

Menurut jurucakap Pusat Sains Singapura (Science Center Singapore) walaupun planet gergasi itu dapat dilihat sepanjang tahun, namun Musytari mendekati Bumi dengan jarak dekat sekali pada setiap 13 bulan. Ia mungkin kelihatan seperti sebuah “titik terang” di langit bermula pada pukul 8 malam setiap hari.

Ini adalah kerana Jupiter secara langsung berlawanan dengan matahari dari sudut pandangan bumi – fenomena yang disebut ‘ Jupiter Opposition’. Opposition atau bertentangan merujuk kepada apabila garis planet dengan Bumi dan Matahari berada dalam garis lurus. Kadar cahayanya juga boleh mencecah sehingga sekitar -2.6 magnitud.

Ahli astronomi menggunakan istilah magnitud yang jelas untuk menerangkan betapa terangnya objek yang muncul di langit dari Bumi – semakin rendah nilai magnitud, semakin terang planet. Bulan penuh mempunyai kadar magnitud sekitar -12.6.

Pada malam Jumaat, kira-kira 100 peminat astronomi telah mendapatkan tiket untuk melihat fenomena itu di Balai Cerap Pusat Sains untuk melihat Musytari melalui teleskop yang disediakan.

Ini juga malam pertama yang mana orang ramai dapat melihat planet Zuhal, Musytari dan bulan dalam sebuah garis sejajar. Dengan teleskop, mereka juga dapat melihat planet keempat terbesar Musytari.

Orang awam di sana juga bertuah kerana dalam tempoh ini mereka juga dapat melihat ‘Great Red Spot’, sebuah kawasan tekanan tinggi di atmosfera Musytari yang menghasilkan ribut terbesar dalam sistem solar.

Chen Lijuan, guru berusia 48 tahun, memberitahu bahawa dia dan anaknya berusia 14 tahun datang untuk menyaksikan acara Pusat Sains itu kerana mereka selalu ingin tahu tentang alam semesta yang luas.

Beliau menambah bahawa mereka berharap untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai fenomena tersebut.

Pada malam Jumaat lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut berkongsi mengenai fenomena itu di dalam status Facebook miliknya.

Dia menulis: “Ia adalah masa yang sangat baik untuk mengamati! … Satu lagi aktiviti percutian yang menyeronokkan dengan anak-anak anda (walaupun mungkin melewati masa tidur mereka), atau mungkin idea yang menarik untuk temujanji yang romantis!”

Jurucakap Pusat Sains berkata fenomena itu mungkin dapat dilihat di mana saja di Singapura, dengan lokasi gelap yang tidak mempunyai pokok atau bangunan bertingkat tinggi, seperti taman kejiranan, adalah tempat yang ideal untuk melihat kejadian ini.

Mereka yang terlepas melihat fenomena astronomi ini tidak perlu bimbang kerana sekurang-kurangnya satu daripada empat planet paling terang – Zuhrah, Musytari, Zuhal dan Marikh boleh dilihat sepanjang tahun, kata jurucakap itu lagi.

Uranus dan Neptun juga boleh dilihat di Singapura tetapi jarang kerana jaraknya dari Bumi.

Terdapat juga beberapa lagi fenomena gerhana yang berlaku pada tahun ini contohnya gerhana matahari yang dikatakan akan berlaku pada 2 Julai ini hanya dapat dilihat di beberapa negeri di Amerika Syarikat dan gerhana matahari yang jarang berlaku akan berlaku pada 26 Disember nanti.

Pemandangan luar biasa ini merupakan yang pertama kali berlaku dalam 20 tahun. Ia berlaku apabila Bulan menutupi pusat Matahari, menyebabkan Matahari kelihatan seperti dalam “lingkaran api”.

Orang ramai boleh melawat halaman Facebook  Science Centre Observatory untuk mengetahui maklumat terkini.

Sumber: The Straits Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular