Nasi ayam merupakan hidangan yang lazat, mudah didapati dan mengenyangkan, lebih-lebih lagi apabila ia dijamu ketika waktu tengah hari. Majoriti rakyat Malaysia sangat menyukai hidangan nasi ayam.

Jika ke pusat beli belah, dengan mudah juga kita boleh mendapatkan hidangan ini di mana-mana restoran. Antaranya yang paling popular ialah nasi ayam di The Chicken Rice Shop.

8excite

Baru-baru ini, syarikat restoran berpangkalan di Jepun, Zensho Holdings Co Ltd, dilaporkan telah membeli restoran Malaysia kesukaan ramai tersebut dengan harga RM220 juta! Restoran The Chicken Rice Shop merupakan satu rantaian jenama tempatan yang telah dibeli oleh Zensho Co Ltd namun harga belian tidak pula didedahkan.

Avenuek

Walau bagaimanapun, terdapat sumber dalaman memberitahu Reuters bahawa nilai jualan tersebut mencecah RM220 juta. Pengambilalihan itu menyebabkan syarikat Jepun mempunyai kedudukan yang lebih kukuh di kawasan Asia Tenggara.

Menurut Free Malaysia Today, sumber mengatakan bahawa Nomura adalah penasihat kewangan tunggal Zensho mengenai perjanjian berkenaan.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL Korporat

Video Popular