Ternyata, kebolehan rakyat Malaysia sememangnya tidak boleh disangkal lagi! Baru-baru ini, sebuah jenama automotif yang terkenal di dunia telah melancarkan satu lagi kereta lumba yang hebat.

Kereta ini juga didakwa sebagai kereta jalan raya yang paling baik bagi jenama ini dan juga merupakan kereta hybrid kedua keluaran jenama ini.

Ajar Malaysia

Kereta lumba baharu ini juga menggunakan tiga motor elektrik dan enjin V8 berkembar 4.0-liter yang mempunyai keluaran gabungan 986 kuasa kuda. Hebat! Dilaporkan bahawa kereta ini hanya memerlukan masa selama 2.5 saat untuk kelajuan sebanyak 0-100 km/j.

Ajar Malaysia

Yang menariknya, dalam proses penciptaan kereta ini, salah seorang daripada juruteranya turut melibatkan rakyat Malaysia, iaitu Ahmad Syahid Ahmad Fawzal, seorang pemegang PhD Malaysia dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang mempunyai konsep yang cemerlang untuk penciptaan kereta lumba. Malah, formula matematik yang dihasilkan itu juga dinamakan sempena nama ayahnya, lapor Ajar Malaysia.

Ternyata, Ahmad Syahid mengatakan bahawa penaja kajian PhDnya telah menawarkan cabaran yang diberikan oleh jenama itu, jadi dia menyambutnya bersama dengan beberapa tenaga kerja lain, dia berjaya mencipta formula hebat ini.

Ajar Malaysia

Formula yang dinamakan The Fawzal Number itu pada mulanya dikenali sebagai (Rotor) Indeks Prestasi Penyejuk (RCPI) dan digunakan untuk menjelaskan nisbah antara pemindahan haba konveksi dan kapasiti penyejuk yang dibahagikan dengan penggunaan kuasa reka bentuk.

Ini bermaksud, semakin tinggi Indeks Prestasi Penyejuk, maka kapasiti atau kadar penyejukan akan menjadi lebih baik!

Piston

Yang lebih membanggakan, formula ini begitu berfungsi dan baik sehingga beberapa buah syarikat lain juga mula menggunakannya, dan mendakwa bahawa prestasi produk mereka  semakin meningkat sebanyak 200%.

Tahniah Ahmad Syahid! Kami sangat berbangga!

Sumber: Ajar Malaysia

Maybe you're interested :

Share

Video Popular