Tanggungjawab sebagai ibu bapa sememangnya amat berat dan bukanlah sesuatu yang mudah dalam membesarkan anak masing-masing. Oleh yang demikian, ramai ibu bapa kini yang sentiasa mencari ilmu keibubapaan agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap anak-anak.

Baru-baru ini, kajian mendedahkan bahawa kehadiran anak perempuan dalam keluarga memberi manfaat khasnya kepada bapa.

Unsplash (Gambar sekadar hiasan)

Menurut kajian yang dijalankan oleh Harvard Business School, mana-mana bapa yang mempunyai anak perempuan mengalami perubahan positif dalam kehidupan mereka, berbanding dengan bapa yang mempunyai anak lelaki. Para bapa juga lazimnya akan berusaha menjadi bapa yang lebih baik.

Kajian yang dijalankan itu dibuat dengan mengajukan set soalan kepada 50 ibu bapa, masing-masing mempunyai sama ada anak lelaki ataupun perempuan.

Hasilnya, ibu bapa dengan anak perempuan menghabiskan lebih 60% masa bersama. Mereka juga akan meluahkan dan berkongsi emosi dengan lebih baik dan kerap berbanding dengan ibu bapa yang mempunyai anak lelaki.

Bapa juga cenderung untuk menghabiskan lebih masa bersama anak perempuan kerana cara mereka dibesarkan adalah berbeza dengan cara anak perempuan sepatutnya dibesarkan.

Pixabay (Gambar sekadar hiasan)

Bagi mempelajarinya, mereka harus rapat dengan anak perempuan. Usaha ini termasuklah bermain anak patung bersama, menonton konsert selain mengalah dengan karenah dan permintaan anak perempuan.

Pakar terapi psikologi menjelaskan bahawa lelaki yang mempunyai anak perempuan meneliti dan belajar daripada anak mereka tentang makna menjadi seorang wanita. Ini menggalakkan mereka untuk mempunyai perspektif yang lebih luas dan mampu mengubah pandangan tentang dominasi lelaki.

Sebaliknya, ia tidak akan berlaku pada bapa yang mempunyai anak lelaki kerana mereka mengalami pengalaman gender dan interaksi yang sama.

Pixabay (Gambar sekadar hiasan)

Mempunyai anak perempuan membolehkan lelaki lebih terbuka kepada sensitiviti dan emosi wanita. Secara amnya, lelaki diajar untuk menyembunyikan emosi dan tidak akan meluahkannya. Ikatan dengan anak perempuan membantu mereka belajar untuk merunding perasaan dengan lebih baik.

Mereka juga akan memahami nilai wanita dengan lebih baik kerana bapa mana yang akan suka apabila anak perempuan mereka menerima layanan yang tidak adil?

Kini, kita tahu sebab mengapa bapa merupakan ‘cinta pertama’ buat anak perempuan dan kenapa bapa perlu berusaha menjaga dan lebih melindungi anak perempuan mereka. Kasih sayang dan persefahaman antara mereka menjadikan ikatan mereka sangat utuh dan sukar dipisahkan.

Sumber: Nueva Mujer

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular