Jeff sedang berjalan ketika dia menemui seekor binatang kecil yang berbaring di jalanan, di bawah terik matahari Florida yang panas. Dia pantas menyelamatkan haiwan kecil itu dan seperti tidak percaya dia masih menjaga haiwan kecil itu sehingga sekarang.

Rupa-rupanya haiwan kecil yang diselamatkan ialah anak tupai terbang! Dia sedar bahawa anak tupai terbang itu telah terpisah daripada ibunya dan jika dia tidak menyelamatkan haiwan kecil itu, si kecil itu mungkin akan mati. Oleh itu, Jeff segera membawa haiwan malang itu pulang bersamanya ke rumah.

“Saya mendapati dia hampir mati, tervbaring di atas jalan di bawah panas matahari di Florida,” kata Jeff. Dia menyiarkan foto-foto yang telah diambilnya di Internet dan kemudian foto-foto tersebut menjadi viral dengan pantas sekali.

Tidak semua orang bersetuju dengan keputusannya dan dia juga menerima banyak komen negatif.  Namun begitu, dia juga menerima beberapa mesej yang sangat menarik. Dia berkata, “Saya mendapat beratus-ratus mesej dan 12 lamaran perkahwinan!”

Dia memanggil sahabat barunya dengan nama Biscuits  dan memutuskan bahawa dia akan menjaga haiwan kecil itu. Dia mula mempelajari perkara-perkara mengenai tupai terbang untuk menyediakannya penjagaan terbaik untuk haiwan itu. Dia mula memberi makan campuran makanan formula anak anjing dan krim. Dia juga membawa Biscuits  setiap hari ke pejabatnya selama 2 bulan pertama dia menjaganya.

“Dia kini mempunyai sangkar besar dan separuh bebas rumah di bawah pemerhatian saya,” kata Longo.

“Dia tidak akan bertahan walaupun hanya 5 minit di dunia liar. Dia sangat mesra kepada orang ramai dan tidak takut kepada haiwan lain. “

Bercakap tentang haiwan lain, Jeff juga mempunyai anjing yang suka akan Biscuits dan mereka kelihatan saling meyanyangi.

“Dia berjalan di sekitar saya seseolah-olah saya ialah sebuah pokok besar,” kata Jeff. “… kemudian melompat dan kemudian melompat kembali … menjadi teruja … mula berkicau… bangun dan ulangi semula lompatan.”

Suatu hari, dia fikir Biscuits atelah melarikan diri. “Ketika pertama kali mula bergerak, dia melarikan diri … Saya jumpa dia di dalam tab mandi pada pagi keeseokannya,” katanya.

Bagi orang lain mungkin haiwan seperti tupai terbang ini tidak sesuai tinggal di rumah manusia, tetapi tidak bagi Biscuits. Dia kelihatan sangat gembira dengan hidupnya bersama Jeff sekarang.


Imej:  

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular