Penilik nasib sangat dipercayai oleh para pelanggan, di mana nasihat dan saranan mereka lazimnya akan diterima bulat-bulat tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Sungguhpun banyak penilik nasib di luar sana yang membantu pelanggannya dalam banyak perkara, namun ada segelintir yang menggalakkan pelakuan jenayah.

Seorang wanita di bahagian Barat Selatan China telah kehilangan 2 orang anak lelakinya pada tahun 1992 dan hal ini memaksanya berjumpa dengan penilik nasib untuk mendapatkan nasihat. Penilik nasib berkenaan menyuruhnya untuk menculik anak lelaki orang lain agar nasib malangnya dijauhkan. Tanpa berfikir panjang, dia pun memohon untuk menjadi seorang pengasuh.

Kanka News (Liu ketika bayi)

He Xiaoping, berusia 49 tahun bekerja dengan wanita bernama Zhu Xiaojuan di Chongqing, yang mempunyai bayi lelaki berusia 15 bulan pada ketika itu. Seminggu kemudian, dia melaksanakan rancangannya dengan meminta izin Zhu untuk membawa bayi berkenaan keluar membeli belah. Namun sebenarnya, dia telah menculik dan melarikan diri ke rumahnya di Nanchong.

Dia kemudian memberi nama bayi tersebut sebagai Liu Jinxin – sama seperti nama anak lelaki keduanya. Liu dibesarkan sebagai anaknya selama 26 tahun. Dia juga berusaha mencari rezeki bagi memberikan kehidupan yang lebih baik buat Liu, sebelum menjadi seorang usahawan.

Sina News (Xiaoping menunjukkan gambar Liu)

Pada tahun 1995, dia melahirkan seorang bayi perempuan dan percaya sepenuhnya bahawa nasib malangnya telah berakhir setelah ‘dibuang’ oleh Liu.

Namun, 22 tahun kemudian (tahun 2017), dia mula rasa bersalah kerana menculik apabila dia menyaksikan rancangan TV tentang seorang ibu tua yang telah menghabiskan sisa hidupnya untuk mencari anaknya yang hilang.

“Saya tahu saya telah banyak melakukan kesalahan, namun saya membesarkannya seperti anak saya sendiri. Dia juga melayan saya seperti ibu kandungnya”, jelas Xiaoping.

Dia kemudian menghubungi Zhu pada bulan Februari 2018 namun terkejut kerana mendapat tahu bahawa Zhu telah pun menjumpai ‘anak lelakinya’ yang hilang pada tahun 1995.

Sina News (Liu ketika berusia 27 tahun)

‘Anak lelakinya’ yang bernama Pan Pan itu kelihatan sama seperti anak kandungnya. Zhu juga telah membesarkan Pan Pan dan percaya bahawa Pan Pan adalah anak kandungnya.

Hasil ujian DNA mendedahkan bahawa Liu sememangnya anak kandung Zhu, manakala Pan Pan pula disalah anggap sebagai anak kandungnya selama ini setelah Mahkamah Orang Ramai Henan mengesahkannya.

Selepas pendedahan itu, Zhu kemudian menyaman mahkamah terbabit sebanyak 2.95 juta yuan (RM1.78 juta) atas dakwaan hasil DNA palsu.

Netizen Watchdog (Zhu bersatu semula dengan anak kandungnya)

Buat masa ini, Zhu sedang berusaha untuk menerima realiti bahawa Liu merupakan anak kandungnya. Pada mulanya, dia enggan untuk menerima Liu dan menyalahkan sepenuhnya pada He namun kemudian Zhu sedar dan memaafkannya dan berkata, “Apa-apa pun, dia merupakan ibu angkat anak saya”.

Netizen Watchdog

Netizen Watchdog

Kini, kedua-dua wanita itu telah pun berbaik. Akhirnya, Liu sudah selamat berada di pangkuan ibu kandungnya semula. Apa-apa pun, semoga anda semua mendapat pengajaran daripada kisah ini. Fikir dahulu sebelum buat sesuatu ya.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular