Seperti yang kita sedia maklum, tubuh bayi belum bersedia sepenuhnya, lebih-lebih lagi daripada aspek makanan. Malah, makanan yang sering golongan dewasa makan sudah semestinya membawa mudarat pada kesihatan bayi.

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum, namun ibu bapa muda harus ingat dan beri perhatian kepada perkara ini agar kejadian tidak diingini dapat dielakkan sebelum terlambat. Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang perlu dihindari. Antaranya ialah:

#1. Madu

Madu mengandungi bakteria ‘clostridium botulinum’, di mana ia boleh menyebabkan keracunan makanan kepada bayi berumur setahun ke bawah. Hal ini kerana sistem imun mereka masih belum sempurna.

#2. Garam

Lebih banyak garam pada makanan membuatkan buah pinggang mereka bekerja lebih daripada biasa. Mereka juga akan cenderung untuk makan makanan bergaram ketika membesar kelak. Jadi, lebih baik elakkan ya!

#3. Gula

 

Ibu bapa perlu mengawal pengambilan gula dalam pemakanan bayi kerana ia menyebabkan pereputan gigi dan masalah gigi yang lain. Lebih baik anda jangan beri mereka makan makanan manis seperti biskut, jus buah dan ais krim.

#4. Buah-buahan

 

Sesetengah kanak-kanak mempunyai alahan terhadap buah yang masam seperti kiwi, strawberi, tomato, oren, lemon dan pelbagai lagi. Buah ideal yang boleh diberi adalah seperti pisang, mangga, avokado dan epal kerana ia lembut, cukup masak serta mampu merangsang deria rasa.

#5. Susu lembu

 

Bayi berumur setahun ke bawah tidak boleh diberikan susu lembu kerana sistem pencernaan mereka masih tidak berupaya menghadam enzim dan protein pada susu berkenaan. Ia juga boleh merosakkan dan melemahkan buah pinggang mereka. selain itu, ia juga mempunyai kadar kalori dan vitamin yang terlalu rendah dan tidak sesuai untuk perkembangan bayi.

#6. Makanan laut

Ketam, kepah, udang dan sotong misalnya boleh menyebabkan alahan. Ia seharusnya dimakan setelah bayi telah mencapai umur 9 bulan. Namun, untuk lebih selamat, ibu bapa perlu bertanya dulu kepada doktor ya.

#7. Jantung haiwan

Walaupun jantung mengandungi sumber vitamin A – nutrien penting untuk perkembangan sistem imun dan tubuh kanak-kanak, tetapi ia juga mengandungi bayak toksin kerana fungsinya sebagai pembuang toksin pada badan haiwan.

Sumber: Hello Doktor

Maybe you're interested :

Share

Video Popular