Tugas menjadi seorang bapa itu sama sukarnya seperti mana tugas seorang ibu. Walaupun secara luarannya hati seorang bapa itu nampaknya lebih keras dan tidak menunjukkan emosi, tanggungjawab seorang bapa tidak kurang hebatnya seperti seorang ibu. Proses pendidikan dan pembesaran anak-anak menjadi lebih lengkap dengan adanya campur tangan seorang bapa yang bertindak sebagai pelindung dan penyokong sebuah keluarga.

Walaupun hari-hari istimewa seorang bapa tidak selalu diperlihatkan, mereka juga kadangkala mahu meluahkan emosi, rasa terharu, simpati serta mengeluarkan air mata kegembiraan apabila melihat kejayaan anak-anak yang semakin membesar dan meningkat dewasa.

Di bawah adalah kompilasi kasih sayang seorang ayah yang hebat sehingga menyentuh hati sesiapa sahaja.

#1. Bapa ini mendakap bayi perempuannya ketika di majlis graduasinya. Kini dia masih berbangga mendakap anak perempuannya ketika di majlis graduasi gadis ini, 18 tahun kemudian.

beaverkc / reddit

#2. Seorang anak perlu diutamakan dalam apa juga keadaan. Seorang bapa pula tidak kisah untuk berkorban apa sahaja.

unknown / reddit

#3. Bapa dan anak lelaki dalam posisi yang sama 30 tahun kemudian.

Heifdogg / reddit

#4. Anak lelaki dalam keluarga ini merupakan ahli keluarga pertama menerima ijazah sarjana dari universiti. Bapanya begitu berbangga sehingga tidak henti-henti menangis.

Jay_no_pho / reddit

#5. Bapa dan anak perempuan membesar bersama-sama, dan dia nampak lebih muda dan kacak.

Fishmike52 / reddit

#6. Tatu yang diabadikan sebagai kenangan hasil lukisan anak perempuan yang diberikan kepada bapa ini sebelum si kecil meninggal dunia akibat kemalangan.

Gar1986 / reddit

#7. Detik-detik berharga mendakap anak kembar perempuan yang dilahirkan pramatang pada minggu ke-30.

 kjhumpal / reddit

#8. Ayah yang tidak keberatan menjadi ‘Prince Charming’ kepada Cinderella kecil semasa mereka mahu menonton filem ‘Cinderella’ bersama-sama.

linkinstreet / imgur

#9. Walaupun berasa amat letih dan terlelap seketika, ayah ini tetap taat berjaga-jaga dan memerhatikan anak lelakinya yang sedang sakit tenat sepanjang malam.

berat235 / reddit

#10. Seorang bapa sentiasa mencari jalan penyelesaian kreatif untuk melindungi anak-anaknya daripada sebarang keadaan cuaca.

Not2Handsome / reddit

#11. Bapa ini hanya mempunyai lima orang anak perempuan yang comel-comel belaka dan mereka sukakan kostum Frozen pada Hari Holloween.

unknown / imgur

#12. Bapa dan anak lelaki ini sering bergaya dengan pakaian sedondon mereka.

nguyenphandoanh / instagram   / nguyenphandoanh / instagram   /nguyenphandoanh / instagram

#13. Spiderman dan Batgirl satu kombinasi gaya bapa dan anak perempuan yang agak menarik perhatian terutama ketika menaiki tren bersama-sama.

GJokaero / reddit

#14. Bapa hebat yang terus melindungi anak perempuannya dari cahaya matahari di sepanjang perjalanan.

#15. Bapa yang amat hebat kerana menjadi sukarelawan menghiburkan kanak-kanak yang menghidap kanser di hospital dengan berkostum Batman hampir sepanjang hari.

atrumpdump / reddit

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular