America’s Got Talent 2019 telah berjaya mengetengahkan beberapa bakat luar biasa dan salah seorang daripadanya ialah pemain biola berbakat, Tyler Butler-Figueroa yang berusia 11 tahun bersama kisah latar belakangnya yang penuh emosi.

America’s Got Talent/YouTube

Apabila juri Julianne Hough bertanya kepadanya mengapa dia belajar biola, Tyler berkata dia mula bermain biola ketika berusia 7 tahun.

Tyler sering dibuli semasa berada di sekolah, kerana pada usia 4 tahun, dia telah didiagnosis dengan leukemia, mengakibatkan rupa paras fizikalnya tidak seperti kanak-kanak normal yang lain.

America’s Got Talent/YouTube

Tyler mula kehilangan rambut akibat rawatan kemoterapi yang teruk, dan kanak-kanak pembuli mula mengejeknya di sekolah kerana itu.

Kata mereka dengan menyebarkan khabar angin bahawa kansernya boleh berjangkit dan dia mula dipinggirkan ketika berada di sekolah.

America’s Got Talent/YouTube

Tetapi suatu hari dia melihat iklan tentang kelas biola percuma selepas waktu sekolah, dan Tyler memberitahu ibunya bahawa dia teringin mempelajari instrumen biola.

Walaupun tiada ahli keluarganya memainkan sebarang instrumen muzik, Tyler berkata, “Saya  berlatih bermain di dalam bilik dan semakin saya giat berlatih, semakin baik permainan biola saya. Apabila memainkan biola, ia dapat membantu saya melupakan pelbagai perkara buruk. Saya tidak mahu dikenali sebagai budak yang menghidap kanser, saya hanya mahu dikenali sebagai budak yang bermain biola…”

America’s Got Talent/YouTube

Ketika Tyler memainkan biola di atas pentas America’s Got Talent, dia telah mengagumkan Julianne Hough dan tiga juri yang lain.

Sehinggkan Simon Cowell juga kelihatan terkejut dan pandangannya terpesona dengan bakat Tyler!

America’s Got Talent/YouTube

Selepas persembahan, Tyler menjadi sebak dengan penerimaan para penonton dan juri, sambil berkata dia berasa bangga dengan dirinya, dan jelas masa depannya sangat cerah di dalam bidang muzik, sementara penyakitnya semakin sembuh sejak 4 tahun yang lalu selepas bermain biola.

America’s Got Talent/YouTube

Simon Cowell yang terpesona dengan persembahan Tyler terus memberinya semangat dan dorongan dengan berkata, “Anda seorang anak muda yang hebat dan luar biasa. Kami selalu mendengar banyak cerita tentang mereka yang dibuli. Tetapi saya boleh memberitahu anda satu perkara, kebanyakan orang dibuli kerana mereka lebih baik dan hebat daripada pembuli. Saya fikir anda mempunyai bakat yang luar biasa dengan personaliti seperti ini.”

Simon Cowell kemudian memberitahu Tyler, “Saya ingin memberitahu sesuatu bagi pihak anda kepada pembuli…” dan spontan dia menekan butang ‘Golden Buzzer’!

America’s Got Talent/YouTube

Tyler Butler-Figueroa terus terduduk kegembiraan bersama sorakan para penonton dan juri di dalam auditorium menandakan anak muda berbakat ini terus menempah tiket persembahan secara langsung di Hollywood.

Tahniah Tyler dan tonton video persembahannya di bawah.

America’s Got Talent/YouTube

Sumber : America’s Got Talent/YouTube , FaithPot

Maybe you're interested :

Share

Video Popular