Seorang pekerja stesen minyak yang bertindak membayarkan petrol seorang gadis dengan wang poketnya sendiri supaya dia tidak terkandas tidak sangka akan menerima ganjaran lebih daripada R500,000 (RM140,000).

Semuanya bermula apabila Monet van Deventer yang berusia 21 tahun berada di stesen minyak Shell di pinggir bandar Cape Town, Afrika Selatan apabila dia menyedari telah tertinggal semua kad banknya di rumah.

Jamie Pyatt News Ltd

Daripada melihat Monet terkandas di bandar yang berisiko dengan kejadian jenayah, seorang petugas pam petrol di situ, Nkosikho Mbele, 28 tahun menyeluk tangannya ke dalam poket seluar dan mengeluarkan wangnya sendiri untuk membayarkan petrol gadis ini bagi memastikan dia dapat memandu dengan bahan api yang mencukupi dengan selamat sehingga tiba ke destinasinya.

Nkosikho membayarkan kira-kira R100 (RM28.00) untuk Monet mengisi petrol keretanya supaya dia dapat keluar dari bandar Khayelitsha, sebuah kawasan yang diketahui tidak terjamin dengan keselamatannya.

Sebagai balasan di atas kebaikan pekerja stesen minyak ini, Monet membuka akaun di laman sosial yang mengumpul dana untuk membayar kemurahan hati Nkosikho Mbele. Ia telah berjaya mengumpul R500,000 (RM140,000) dan jumlahnya terus meningkat, yang sudah melebihi nilai gaji Nkosikho Mbele selama 8 tahun.

Jamie Pyatt News Ltd

Nkosikho Mbele tetap tenang dan terus berasa rendah diri walaupun pada hakikatnya kisah kebaikan hatinya kini telah tersebar ke seluruh dunia.

Nkosikho memberitahu, “Saya hanya melakukan seperti mana yang dilakukan oleh orang lain. Dari hati, saya percaya tiada warna hitam atau putih kerana kita semua insan yang sama dan saya hanya mahu menyatukan semua orang bersama-sama.”

Setelah menubuhkan tabung untuk Nkosikho, Monet telah kembali ke stesen itu pada hari itu juga untuk memulangkan wang petrol R100 yang dipinjam dari Nkosikho.

News24/YouTube

Monet berkata ketika mengimbau hari kejadian, “Saya meminta petugas pam petrol itu untuk berhenti mengisi petrol kerana saya tidak dapat mencari dompet dan selepas beberapa minit saya memberitahunya bahawa saya telah meninggalkan wang dan kad saya di rumah.”

“Saya berkata kereta saya mampu bergerak dengan baki petrol yang ada tetapi dia hanya berkata, ‘Tidak, tidak, anda tidak boleh kehabisan petrol di N2, ia terlalu berbahaya,’ dan berkata dia akan mengisikan petrol sebanyak R100 (RM28.00) dengan wangnya sendiri ke dalam tangki petrol kereta saya,” jelas Monet.

Tambah Monet, “Saya berasa sangat terkejut kerana ia adalah sikap yang luar biasa dan dia telah menceria dan melapangkan hari saya. Saya memutuskan untuk membalas kebaikan hatinya dan membuka Facebook lalu membuat laman mengumpul dana untuknya.”

“Saya tidak dapat membayangkan orang Afrika Selatan sama ada berwarna hitam atau putih akan menerima kebaikan sedemikian rupa dan sekarang Nkosikho telah menutup akaun itu kerana dia mengatakan ia sudah mempunyai terlalu banyak wang,” katanya.

LADbible

Nkosikho berkata,”Saya tahu betapa berbahayanya kawasan N2 untuk dia meneruskan perjalanan berisiko dan naluri saya sebagai seorang bapa memberitahu bahawa ia adalah perkara yang betul untuk membayarkan petrolnya supaya perjalanannya berada dalam keadaan selamat.”

“Saya hanya mahu berasa gembira melihat dia dapat keluar dari kawasan ini kerana tahu dia akan tiba di destinasinya dengan selamat tetapi tidak menyangka pula saya akan mendapat keberkatan hidup seperti ini sebagai balasan untuk apa yang saya lakukan,” tambahnya.

Majikan Nkosikho di syarikat Shell juga berasa sangat gembira. Mereka bersetuju untuk menguruskan derma yang diterima Nkosikho daripada orang ramai atas permintaan Nkosikho sendiri yang mengetahui risiko menjadi popular dalam sekelip mata. Pengerusinya, Hloniphizwe Mtole membuat panggilan peribadi kepada Nkosikho Mbele.

Katanya, “Saya telah melihat kerja terbaik yang anda lakukan dan saya mengucapkan tahniah di atas kebaikan hati anda. Kami telah memutuskan untuk bertindak balas terhadap apa yang telah dilakukan oleh orang ramai dan menyumbangkan angka serupa iaitu setengah juta rand untuk tujuan amal pilihan anda bagi memberi manfaat kepada golongan memerlukan.”

Nkosikho dengan jujur memberitahu, “Kini saya mempunyai R500,000 (RM140,000) dari Shell untuk disumbangkan bagi tujuan amal dan saya ingin membantu golongan muda dalam mengubah kehidupan mereka dan saya juga mempunyai R500,000 untuk menjaga dua orang anak saya sendiri. Saya akan menggunakan wang yang ada untuk membuat kita semua berasa gembira.”

Sumber : Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular