Penglibatan Dwayne Johnson di dalam siri filem Fast & Furious, bermula dengan Fast Five, telah membuktikan bahawa ianya cukup memberangsangkan. Kini John Cena pula merupakan penambahan seorang lagi pelakon baru untuk siri filem tersebut dan diharap ianya berupaya meninggalkan impak yang sama.

Laporan yang dikeluarkan oleh majalah Amerika Syarikat, Entertainment Weekly baru-baru ini menjelaskan bahawa pelakon yang juga ahli gusti 42 tahun berkenaan yang pernah membintangi Bumblebee sebelum ini, secara rasminya akan berlakon di dalam filem Fast & Furious 9.

Tasos Katopodis/Getty Images

“Terdapat banyak cara untuk saya zahirkan perasaan saya dengan peluang sebegini. Saya sememangnya sukakan kereta dan itu merupakan keutamaan dalam francais filem ini. Mereka mempunyai cara untuk menanam naratif ‘keluarga’ ini dan menjadikannya berjaya secara global. Mereka juga dikenali dengan aksi yang sangat hebat. Saya dikelilingi oleh orang yang lebih bagus dan berpengalaman daripada saya dan itu adalah peluang yang luar biasa,” kata John.

Frazer Harrison/Getty Images

Tahun lalu, John memberitahu Entertainment Weekly bahawa adalah menjadi impiannya untuk membintangi filem Fast & Furious. Pada bulan lalu, bintang utama filem berkenaan, Vin Diesel ada memuat naik video yang ‘mengusik’ potensi keterlibatan John Cena di dalam siri filem tersebut.

“Saya berterima kasih kepada Vin Diesel. Menerusi median sosialnya, mesej yang disampaikan menjadi nyata. Dengan peluang keemasan ini, saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi peminat francais filem ini”, katanya. Difahamkan bahawa Fast & Furious bakal ditayangkan pada 22 Mei tahun hadapan.

Sumber: New Straits Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular