Seorang remaja lelaki dari Thailand tidak pernah menjangkakan bahawa lawatan sekolah ke penjara akan menemukannya dengan bapanya.

Apabila berbicara tentang maruah dan reputasi seseorang, lazimnya seseorang enggan mengakui apa-apa perkara yang boleh memberi pandangan buruk kepada diri, tetapi hal ini tidak berlaku buat remaja ini.

Arom Khunmoung/Facebook

Semasa lawatan sekolahnya ke penjara, bukan sahaja remaja ini membiarkan orang lain tahu bahawa salah seorang penghuni di penjara tersebut adalah bapanya tetapi dia juga melutut di atas lantai untuk menunjukkan penghormatan kepada bapanya.

Kisah menyentuh hati ini telah dikongsi oleh Arom Khunmoung dari Jam Banjeud Rayong, sebuah organisasi yang mengatur lawatan sambil belajar dan rekreasi untuk sekolah dan syarikat.

Arom Khunmoung/Facebook

Menerusi kiriman Facebooknya, Arom menulis bahawa dia melihat salah seorang daripada pelajar sekolah itu “berdiri dengan sedih dan menatap seorang banduan” dan menangis semasa lawatan ke asrama banduan yang tidak dikenali.

Arom yang berasa bingung sejenak dengan situasi itu menemui jawapan setelah dia berpaling untuk melihat banduan yang ditatap oleh remaja itu yang juga dilihat sedang menangis.

Arom Khunmoung/Facebook

“Apa yang pelik adalah banduan itu turut merenungnya dan menangis juga,” tulis Arom. “Jadi saya pergi bertanya kepada remaja lelaki itu tentang apa yang telah berlaku.”

“Cikgu, itulah bapa saya. Saya sangat terkejut [untuk melihatnya],” kata remaja itu.

Arom kemudian menyedari bahawa remaja itu ingin berbual dengan bapanya jadi dia meminta izin dari penjaga penjara dan mereka mendapat keizinan.

Itu adalah saat ketika Arom menyaksikan adegan tulus yang berlaku di hadapannya.

Kredit: Arom Khunmoung/Facebook

“Mereka berdua berlari ke arah satu sama lain sambil menangis” tulis Arom, sambil menambah bahawa orang lain di tempat kejadian mula menangis ketika kedua-dua mereka bersatu semula.

“Bapanya terus-terusan mencium anak lelaki itu sambil berkata ‘Maafkan saya, saya merindui kamu, apabila saya meninggalkan tempat ini, saya akan menjadi orang yang baik. Tolong jadi anak lelaki yang baik, anakku. “

Si bapa itu kemudian bertanya kepada remaja lelaki itu, “Adakah kamu malu dengan saya? Adakah kamu malu kerana rakan-rakan kamu melihat bahawa saya berada di penjara?” dan remaja lelaki itu menjawab, “Tidak, saya tidak malu sama sekali.”

Arom Khunmoung/Facebook

Remaja lelaki itu kemudiannya berlutut untuk bersujud di kaki bapanya, yakni budaya tradisional Thailand untuk menghormati orang yang lebih tua.

Pada penghujung kirimannya, Arom menyimpulkan bahawa remaja itu “penuh dengan rasa syukur” dan lawatan ke penjara itu adalah “gaya mengajar yang penting bagi orang yang masih banyak kebebasan.”

Kredit: Coconuts BangkokArom Khunmoung/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular