Terdampar di lautan bukanlah satu peristiwa yang menarik, malah semua insan pasti akan berusaha mengelakkan perkara sedemikian daripada berlaku.

Buat mereka yang terselamat daripada terdampar, pasti ia merupakan satu pengalaman penuh trauma  dan menakutkan.

Berikutan dengan itu, kami akan kongsikan kisah seorang lelaki yang terselamat daripada terus terdampar selama 4 hari di lautan.

Pada 4 Mei lalu, seorang lelaki warga Singapura berusia 60 tahun, John Low telah terdampar selama 4 hari 3 malam di lautan setelah botnya dilanda ombak berdekatan dengan Pulau Tioman.

Harapannya untuk menyelam ke dasat laut terkubur apabila air laut mula memenuhi bot yang dinaikinya, menyebabkan keseluruhan bot tersebut tenggelam. Keadaan ini meninggalkan John hanya dengan gelung pelampung keselamatan dan beg sandangnya untuk kekal terapung di atas air.

Menurut laporan The Straits Times, John merupakan seorang pengajar menyelam dan dia berasakan bahawa dia merupakan perenang yang agak baik dan mampu berenang kembali ke pantai namun ombak yang kuat memukul dan membawanya kembali ke lautan.

John Low|Facebook

Pada jam 10 malam, dia mula tidak nampak pantai mahupun bot lain – menjadikannya panik. Tidak mahu berputus asa, dia kemudiannya memujuk diri untuk menyimpan tenaga dan kekal hidup untuk keluarga walaupun dia berasa cukup lemah.

Baju dan seluar pendek yang dipakainya pula mula bergesel dengan kulit John yang mengalami selaran matahari, amat memedihkan sehingga memaksa John untuk melucutkannya. Tidak makan dan minum tidak begitu menjejaskannya kerana menurut John, apa yang paling teruk adalah seksaan mental dan fizikal yang dilaluinya.

John Low|Facebook

Keadaan bertambah buruk apabila dia mula bercakap dengan objek seperti memanggil gelung pelampung keselamatan dan jam tangannya dengan panggilan ‘adik’ dan ‘abang’ bagi memastikan dia kekal waras.

Dia kerap kali mendengar bisikan suara menyuruhnya agar melepaskan pelampung dan juga mula berhalusinasi terdapat seseorang yang membawanya ke 7-Eleven untuk membeli Coca-Cola.

Menurutnya, bahang panas matahari yang dirasainya membuatkan dia berasa bahawa mukanya seperti dicucuk dengan ribuan jarum. Untuk menghalang wajahnya terus terkena sinaran matahari, John akan merendamkan mukanya pada air – yang juga menyebabkan kesakitan padanya.

John Low|Facebook

Kulitnya terbakar dan bertukar gelap. Kulit pada bahagian ketiaknya juga sudah lama terletak pada gelung pelampung tersebut untuk beberapa hari dan menyebabkannya keletihan. Terdapat juga haiwan marin yang menggigit kakinya tetapi dia tidak larat untuk menghalau haiwan berkenaan.

Selepas terdampar selama 4 hari, John bernasib baik kerana dilihat oleh kapal yang melaluinya, Diogo Cao di Laut China Selatan. Pihak berkuasa Singapura juga telah dimaklumkan akan hal itu sebaik sahaja dia berjaya dibawa naik. “Saya terselamat. Kini saya boleh tidur dengan nyenyak”, kata John.

John Low|Facebook

Pada 7 Mei, John telah dibawa oleh Rescue 10, iaitu pasukan penyelamat udara Republik Singapura (RSAF). Sewaktu proses membawanya keluar daripada air, cuaca yang tidak diduga turut menyukarkan operasi itu. john kemudian berterima kasih kepada pasukan penyelamat kerana keberanian mereka.

“Saya harap tiada lagi mangsa seperti saya yang perlu kamu semua selamatkan, namun jika ada, lakukannya sama seperti ini – dengan penuh keberanian”, akhirinya.

Saksikan rakaman operasi menyelamatkan John menerusi video di bawah:

Sumber: John Low|FacebookThe Straits Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular