Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang mula disambut pada tanggal 7 Jun 2019 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), seluruh penduduk dunia diberi kesedaran untuk sentiasa mengutamakan keselamatan makanan dalam melindungi kesihatan pengguna.

chinatimes

Untuk mengelakkan makanan dari tercemar disebabkan oleh pelbagai faktor, kita boleh melakukan pelbagai cara. Walau bagaimanapun, ramai antara kita yang masih belum sedar bahawa tindakan lazim yang dilakukan sebenarnya boleh membayakan kesihatan kita. Misalnya, dengan menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka di dalam peti sejuk.

Tanpa kita ketahui, sebenarnya tindakan ini boleh memberi kesan buruk kepada diri kita sendiri. Berikut adalah 5 kesan buruk menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka di dalam peti sejuk:

1. Tindak balas tin dengan makanan

Justin Sullivan/Getty Images

Jika terdapat lebihan makanan di dalam tin yang telah dibuka, sebaiknya semua lebihan makanan itu perlulah dipindahkan ke dalam bekas makanan kaca atau plastik sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Hal ini adalah kerana jika dibiarkan, kandungan makanan tersebut cenderung untuk bertindak balas dengan logam tin apabila terdedah dengan udara.

2. Menukar bau dan rasa

Gambar sekadar hiasan|istock

Disebabkan oleh tindak balas antara logam dengan kandungan makanan yang berlaku, proses ini seterusnya akan memberi kesan kepada bau dan rasa makanan tersebut. Maksudnya, rasa dan bau makanan tersebut seolah-olah dicemari oleh rasa metalik.

Tindak balas ini lazimnya berlaku pada makanan dalam tin yang berasid, seperti puri tomato atau jus buah-buahan.

3. Makanan mudah tercemar

Gambar sekadar hiasan|istock

Berbanding makanan yang disimpan di dalam bekas berpenutup dan kedap udara, makanan di dalam tin yang terbuka cenderung untuk tercemar.

Perkara ini turut disokong oleh Dr Ronald McCoy dalam sebuah artikel yang menjelaskan bahawa makanan dalam tin sebenarnya lebih mudah rosak apabila tinnya telah dibuka.

4. Risiko keracunan makanan meningkat

Gambar sekadar hiasan|istock

Cara penyimpanan makanan yang salah boleh membuka ruang kepada pertumbuhan spora, yang seterusnya boleh menyebabkan keracunan makanan.

Menurut sumber, kes botulisme juga boleh berpunca dari makanan dalam tin yang tidak disimpan dengan betul, walaupun kesnya jarang berlaku.

5. Makanan tetap boleh rosak walaupun disimpan dalam bahagian sejuk beku

Gambar sekadar hiasan|istock

Menurut MyHealth, tindakan membekukan makanan dalam tin untuk menggunakannya dengan lebih lama juga adalah suatu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Hal ini adalah kerana pada tahap beku, kandungan bahan dalam tin akan berkembang dan seterusnya merosakkan tin sehingga menyebabkan makanan di dalamnya boleh tertumpah.

Gambar sekadar hiasan|istock

Sebaiknya, habiskan makanan dalam tin sebaik sahaja dibuka dan tidak perlu lagi disimpan lebihannya. Tetapi, jika perlu, cuba pindahkan makanan di dalam tin ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam bahagian sejuk beku selepas tiga hari. Lebihan makanan sebaiknya tidak disimpan lebih dari tiga hari kerana kandungan nutrisinya akan terjejas, terutamanya jika peti sejuk anda terlalu padat dan mengandungi pelbagai jenis makanan.

Selamat mencuba!

Sumber: Science Notes, MyHealth

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular