Pelajar dari bangunan Fizik di University of California, Davis terpaksa menampal notis peringatan kerana prihatin terhadap kesihatan seekor kucing obes yang diberi nama Cheeto. Notis tersebut menggesa orang ramai supaya berhenti memberi makan kepada Cheeto.

UC Davis Astrophysics department

Cheeto datang ke Bangunan Fizik di University of California beberapa tahun yang lalu, dan sikapnya yang manja sangat disenangi oleh pelajar dan kakitangan disitu. Bangunan Fizik itu seperti rumahnya dan orang disitu merupakan keluarganya.

smosegueraa

Selama bertahun-tahun, para pelajar telah melihat Cheeto semakin gempal dan gemuk kerana ramai yang memberinya makan. Mereka telah membuat jadual makan dan ruang khas untuknya yang dibina oleh seseorang.

Sejak populariti Cheeto semakin berkembang, begitu juga perutnya. Seorang pelajar bertindak menampalkan notis di bangunan tersebut untuk memberitahu orang ramai bahawa berat badan Cheeto meningkat secara mendadak.

UC Davis – Physics Building

“Kami agak suka kucing ini, kerana kucing ini memberikan sokongan emosi yang berharga ketika Fizik menghancurkan jiwa kami,” tulis di notis tersebut. “Berat badannya terlalu berlebihan dan demi kesihatannya, jangan memberinya makanan – tidak kira bagaimana kucing ini merayu dan Cheeto pasti akan merayu supaya diberikan makanan, kerana Cheeto tahu kita akan tunduk pada rayuannya!”

UC Davis – Physics Building

Cheeto pertama kali muncul sebagai kucing sesat di luar bangunan seni di UC Davis dan akhirnya mendapati jalannya ke jabatan Fizik.

“Cheeto pada asalnya berada di Bangunan Seni di mana pada waktu itu Cheeto adalah seekor anak kucing yang kurus dan tinggal bersama anak kucing lain, kami menamakannya Tangelo dan Clementine, yang masih berada di Art MFA Studios (dan mempunyai masalah berat juga),” kata pelajar Art History Program.

Mereka bergurau mengatakan bahawa Cheeto meninggalkan bangunan mereka mungkin kerana Cheeto “mendengar khabar angin tentang ‘penginapan’ dan layanan yang lebih baik di bangunan Fizik.”

Art History at UC Davis @Art_History_UCD

Sejak itu, Cheeto selesa berada di Bangunan Fizik, Cheeto membawa kebahagiaan kepada pelajar dan kakitangan di sana.

“Cheeto adalah teman terbaik saya, Cheeto suka bersosial dan manja,” kata Imran Hasan dari jabatan Fizik kepada Love Meow.

UC Davis

“Pada waktu pagi dan petang, Cheeto biasanya akan baring di kawasan belukar berdekatan, tetapi jika Cheeto terjaga dan mengenali anda, Cheeto akan melompat dan menyapa anda dengan membuat bunyi ‘meow’ yang manja,” tambahnya.

Imran Hasan

Cheeto telah menjadi sumber terapi keselesaan kepada ramai pelajar dan kakitangan di kampus. Walaupun pada masa yang paling tertekan, Cheeto tidak pernah gagal untuk membuat mereka mengukirkan senyuman di wajah.

Daniel Polin

Cheeto mempunyai tempat makan khas yang ditetapkan untuk memastikan kucing kesayangan mereka mendapat makanan harian dan kasih sayang yang mencukupi. Ternyata Cheeto sangat disenangi dan menjadi terapi kepada pelajar dan kakitangan di bangunan Fizik tersebut.

Sumber: LoveMeow

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular