Setiap individu di muka bumi ini mempunyai hobi tersendiri. Hobi merupakan sesuatu perkara yang diminati dan selalunya dilakukan pada waktu lapang.

Tapi tahukah anda selain hanya untuk kesenangan dan mengisi masa lapang, sesuatu hobi itu juga boleh membuatkan anda menjadi semakin kreatif.

Ada beberapa hobi terbukti membuatkan seseorang itu menjadi semakin kreatif kerana ianya akan merangsang otak untuk terus bekerja dan berfikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Seperti pereka dari Jepun ini, Yuko Sakuda, hobinya adalah membuat patung haiwan mini wool felt yang comel dan sangat terperinci.

Walaupun pada mulanya ianya hanya sebagai hobi namun ia bertukar menjadi sumber pendapatan apabila patung haiwan mini comelnya dan produk lain yang dijualnya mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Yuko Sakuda sering berkongsi hasil kerjanya di akaun Instagramnya, yucococafe. “Siri mencubit leher” telah menarik perhatian ramai orang kerana ia terlalu comel.

Lihatlah patung panda mini yang comel ini.

“Hey! Di manakah anda mahu membawa saya.”

Setiap hasil kerjanya sangat terperinci dan kelihatan seperti haiwan sebenar.

Setiap bahagian dilakukan secara terperinci, lihatlah patung kucing ini.

Patung anjing laut putih dan gebu ini juga sangat comel!

Yuko Sakuda gemar membuat patung landak mini. Mungkin landak mini merupakan haiwan kesukaannya.

Ia kelihatan seperti haiwan sebenar dan hidup. Sangat comel!

Ia juga boleh digantung di bag atau kunci.

Patung anjing ini kelihatan seperti anjing peliharaan Shin-chan, Shiro.

Patung anjing Shiba Inu, baka anjing yang sangat terkenal dengan budaya Jepun.

Ini pula hasil kerjanya yang lain.

Sumber: yucococafe|Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular