2 Jun yang lalu, Richie Anne Castillo yang berusia 23 tahun menulis ucapan hari lahir buat ayahnya di laman Facebook miliknya dan kiriman itu serta-merta menyentuh hati para pembaca yang sebak dengan kisah hidup keluarganya.

Richie Anne Castillo/Facebook

Ayah Richie, yang merupakan pengidap sindrom down mencecah umur 50 tahun pada tarikh berkenaan dikatakan sebagai detik yang penuh kesyukuran dan teristimewa.

“Ayahku yang tersayang… Kamu mencecah umur 50 tahun pada hari ini dan saya begitu diberkati kerana kamu terus menjalani hidup yang panjang dan indah. Doktor masih kagum dengannya!

“Saya tahu kamu tidak akan dapat membaca tulisan ini kerana saya tidak tahu jika kamu mempunyai Facebook, tetapi saya mahu seluruh dunia tahu betapa saya bangga bahawa kamu adalah ayah saya. Saya mahu seluruh dunia mengetahui betapa indahnya kamu dalam dan luar,” tulis Richie.

Dimuat naik pada Ahad lalu, kiriman wanita muda dari Filipina itu telah meraih lebih daripada 238,000 reaksi dan mempunyai lebih daripada 74,000 kongsian ketika entri ini ditulis.

Richie Anne Castillo/Facebook

“…kamu lebih berhak memiliki lebih daripada anak perempuan yang pengecut ini.”

Richie mengakui pernah menjadi “pengecut” selepas dia memahami keadaan ayahnya ketika meningkat dewasa.

“Ayah, saya mengambil masa bertahun-tahun sebelum saya mengumpulkan keberanian yang cukup untuk menghadapi semua orang kerana tidak semua orang tahu keseluruhan kebenaran kerana situasi ini agak mengelirukan.

Richie Anne Castillo/Facebook

“Ketika di sekolah, saya diejek dan dibuli kerana mereka mengatakan bahawa kamu berbeza. Sebagai seorang kanak-kanak, saya tidak melihat kamu berbeza dari yang lain, saya melihat kamu sebagai ayah saya.”

“Saya tidak faham mengapa mereka mengejek saya dan memanggil saya tidak normal. Saya sedar tentang hal ini kemudiannya dan perkara ini membuatkan saya menjadi pengecut.”

“Tetapi kamu lebih berhak memiliki lebih daripada anak perempuan yang pengecut ini. Kamu layak menerima cinta, persefahaman, kesabaran dan penerimaan sebagai individu dengan penyakit Sindrom Down. Di sini saya menyusun ucapan selamat hari lahir kepada kamu kerana saya tidak pernah melakukan perkara sebegini. Kamu sepatutnya mendapat lebih banyak lagi,” tulisnya penuh ikhlas.

Richie Anne Castillo/Facebook

Richie menerangkan tentang ayahnya yang merupakan “manusia yang paling gigih” yang dia kenali, dan manusia yang mempunyai “kepercayaannya kepada Tuhan” sehingga membolehkannya sentiasa meleretkan senyuman di wajahnya.

“Kamu adalah insan yang paling kuat kerana, selepas menjalani pembedahan, prosedur dan bermalam di hospital, kamu masih boleh berkata ‘Saya tidak takut kerana saya percaya kepada Tuhan’.

“Kamu sentiasa tersenyum selepas hari yang panjang di pusat dialisis, atau selepas episod hipoglisemik. Kamu adalah insan yang paling gigih kerana kamu telah menempuhi begitu banyak dan kamu tidak pernah takut, saya tidak boleh bayangkan jika saya berada di tempat kamu.”

“Saya telah melihat kamu pada masa yang paling teruk apabila kamu menangis dan mengatakan bahawa kamu letih. Mendengar kata-kata ‘Kapoy na’ (saya letih) atau ‘Sakit kaayo’ (saya sangat-sangat sakit) membuatkan saya menangis untuk berhari-hari dan saya tidak sanggup mahu kembali ke hospital.”

Richie Anne Castillo/Facebook

“Saya telah melihat kamu menangis kerana lutut kamu berasa sakit kerana cecair. Saya tidak dapat merasakan kesakitan kamu tetapi saya berharap saya boleh mengambil tempat kamu supaya kamu tidak perlu berasa sakit lagi,” tulis Richie yang merupakan anak tunggal.

Richie kemudiannya meminta maaf kepada ayahnya, dengan menulis, “tidak ada kata-kata yang boleh menyimpulkan perasaan saya yang sedih kerana saya tidak selalu ada untuk kamu selama ini.”

Richie Anne Castillo/Facebook

“Saya minta maaf kerana tidak membawa kamu ke pantai dengan lebih kerap, tidak membawa kamu makan di kedai dim sum kegemaran kamu atau saya tidak melawat kamu dengan lebih kerap. Jika ada satu perkara yang saya paling sesali, adalah tindakan saya yang menyembunyikan kamu dari hidup saya kerana saya masih sama seperti kanak-kanak kecil yang takut dengan ejekan,” akui Richie dalam kirimannya.

Richie berkata bahawa walaupun dia menyesal kerana telah menyembunyikan ayahnya dari hidupnya, namun dia sangat menyayangi ayahnya “lebih daripada yang kamu tahu, Ayah, dan saya sentiasa terinspirasi dengan kamu.”

Richie Anne Castillo/Facebook

Richie turut mengucapkan terima kasih kepada ayahnya kerana membuatnya menjadi wanita yang kuat dan berani, dengan berkata “Saya fikir saya cukup besar sekarang untuk mempertahankan diri saya dari pembuli.”

“Terima kasih kerana sentiasa memanggil saya satu-satunya anak perempuan kamu kerana saya tetap menjadi satu-satunya.”

“Saya kuat dan berani kerana kamu dan saya sangat menyayangimu, ayah.”

Sumber: Richie Anne Castillo/Facebook, SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular