Antara masalah dunia yang paling membimbangkan ialah masalah pembaziran makanan. Walaupun ada sesetengah tempat penduduknya berhadapan dengan masalah kemiskinan dan kelaparan namun di kebanyakan tempat lain pula berhadapan dengan masalah pembaziran makanan.

Setiap hari jutaan tan makanan dibuang begitu sahaja. Bukan hanya makanan yang telah dimasak, makanan mentah juga sering dibuang begitu sahaja lantaran tiada orang yang mahu membeli atau menggunakannya.

Terdapat data yang menunjukkan bahawa Jepun adalah antara negara yang paling banyak membuang makanan, sama ada makanan yang telah dimasak mahupun makanan mentah. Walaupun makanan hanyak rosak sedikit sahaja, makanan tersebut terus dibuang dan hal ini menyebabkan setiap orang Jepun telah membuang makanan sebanyak purata 177 kilogram setahun.

Di Sapporo, Jepun seorang petani di Tsuji Farm telah mengambil satu langkah bijak lagi inovatif dengan mengubah rupa asal lobak putihnya yang tidak cantik dan elok kepada sesuatu yang lebih comel. Apa yang dilakukan oleh petani itu ialah dengan melukis wajah-wajah comel pada plastik bungkusan lobak-lobak putih yang dijual.

Hasilnya, lobak putih yang pada awalnya tidak laku akhirnya menarik perhatian ramai orang untuk membeli lobak-lobak tersebut sehingga habis dijual. Apa yang lebih menarik lagi ialah ramai netizen di internet yang bertanya di mana mereka boleh mendapatkan lobak-lobak tersebut.

Namun begitu, hanya beberapa buah pasar raya di Sapparo yang menjual lobak ini dan untunglah kepada sesiapa yang berjaya mendapatkannya!

Idea ini mungkin nampak kecil dan ‘simple’ namun mampu memberikan kesan yang besar. Dengan idea seperti ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan pembaziran makanan di samping dapat melindungi alam sekitar daripada pencemaran.

Sumber: COCOMY

Maybe you're interested :

Share

Video Popular