Bukan semua wira mempunyai susuk tubuh yang besar dan kuat tetapi ianya bergantung kepada niat seseorang yang ikhlas untuk membantu orang yang lebih memerlukan.

Inilah yang dilakukan oleh seorang anak berusia 11 tahun bernama Lu Zikuan yang berasal dari China. Lu yang menetap di Xinxiang, Henan sebelum ini mempunyai berat badan mencecah 30kg. Namun, dalam tempoh tiga bulan sahaja, berat badan Lu telah meningkat sebanyak 10kg setelah mengamalkan lima hidangan sehari!

Setiap hari, Lu secara konsisten akan makan sajian yang mengandungi daging berlemak bersama nasi demi mencapai berat badan yang diinginkannya iaitu 50kg!

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Lu bertindak sedemikian. Lu mula mengamalkan diet ini setelah bapanya, Lu Yanheng disahkan menghidap leukemia kira-kira 7 tahun yang lalu. Sejak itu, bapanya kerapa kali berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

The Star

Bagaimanapun kebelakangan ini, tahap kesihatan bapanya mulai merudum dan pihak hospital memaklumkan bahawa Lu Yanheng perlu menjalani pemindahan darah bagi mengatasi masalah kesihatannya itu.

Yanheng turut dimaklumkan bahawa satu-satunya pilihan yang boleh dilakukannya adalah dengan melakukan pemindahan tulang sum sum. Setelah kesemua ahli keluarga Yanheng menjalani ujian untuk mengenalpasti individu yang sesuai, Lu Zikuan adalah calon terbaik kerana tulang sum sumnya yang paling sesuai.

Berita ini secara langsung memberikan perkhabaran gembira buat seluruh ahli keluarga Lu. Bagaimanapun, memandangkan Zikuan pada ketika itu hanya seberat 30kg, doktor tidak membenarkannya untuk menjadi penderma tulang kepada bapanya.

“Doktor kata jika mahu dermakan tulang sum sum, berat badan saya perlu mencapai sekurang-kurangnya 45kg. Berat ideal adalah 50kg. Tidak lama lagi saya akan mencapai berat 50kg dan mampu menyelamatkan nyawa bapa saya,” kata Zikuan.

Yelp

Akan tetapi timbul pula isu lain. Perubahan gaya pemakanan Zikuan telah menyebabkan masalah kewangan buat keluarga ini. Menurut ibunya, Li Jinge, dia hanya mampu meraih pendapatan sebanyak RM1,215 sebulan meskipun melakukan pelbagai pekerjaan.

Dilaporkan pendapatan yang diraihkan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan pemakanan anak lelakinya itu… Hal ini demikian kerana Jinge juga perlu menanggung perbelanjaan ahli keluarga lain seperti anak kembarnya yang berusia 8 tahun, kedua-dua ibu bapa mertua yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

“Kami menghabiskan lebih daripada RM301,500 untuk bil perubatan suami dan kebanyakannya dipinjam daripada saudara dan rakan-rakan.”

Sementara itu, guru kelas Zikuan iaitu Zhao Meng-meng memaklumkan bahawa Zikuan merupakan seorang pelajar yang pintar dan memikul tanggungjawab sebagai ketua kelas.

“Selepas berat badan Zikuan meningkat, segelintir pelajar menggelarnya pangzi (budak gemuk). Namun, mereka tidak lagi berbuat demikian setelah mengetahui kisah sebenar.”

Continental Hospitals

Ketika ditanya sama ada Zikuan berasa sedih dengan ejekan daripada rakan-rakan sebaya, Zikuan berkata:

“Selamatkan ayah dahulu, selepas itu baru turunkan berat badan.”

Buat masa ini, pihak sekolah sedang mengumpulkan dana dan sumbangan untuk membantu Zikuan mencapai matlamatnya demi menyelamatkan bapa tercinta. Semoga Zikuan akan terus berbakti kepada kedua ibu bapanya sekali gus menjadi contoh kepada kita semua.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular