Dari kanak-kanak hingga warga emas, kentang putar atau mashed potato sering menjadi pilihan. Teksturnya yang halus, isinya yang lembut serta sosnya yang ummph.. memang membangkitkan selera. Kentang putar enak di makan ketika masih panas atau pun apabila sudah sejuk.

Semangkuk kecil kentang putar pun boleh tahan harganya, apatah lagi kalau beli mangkuk besar. Apa kata kali ini, anda belajar resipi mudah kentang putar homemade ala KFC, cair di mulut, enak di perut pula! Selain dapat menjimatkan wang perbelanjaan, anda dapat makan kentang putar banyak kali. Mesti seronok!

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Sos tiram
  • Tepung kanji
  • Susu segar
  • Lada hitam
  • Mentega tanpa garam (jika tiada pun tidak mengapa)

Cara-caranya:

1. Kupas kentang dan potong. Kemudian goreng atau rebus kentang tersebut. Apabila kentang telah masak, lenyekkan kentang tersebut sehingga lumat.

2. Tambahkan susu bersama kentang putar yang telah dilenyek itu sambil menggaulnya. Ingat, jangan masukkan susu sekali gus tetapi secara sedikit-sedikit sehingga kentang putar tersebut menjadi likat.

3. Untuk membuat sosnya pula, masukkan sos tiram ke dalam periuk dan tambahkan air. Kemudian, cairkannya dengan api sederhana.

4. Campurkan lada hitam, tepung kanji dan mentega tanpa garam ke dalam periuk sehingga anda memperoleh rasa dan kepekatan sos yang anda suka.

5. Masukkan kentang lenyek ke dalam mangkuk kecil dan tuangkan sos yang telah disediakan tadi. Kini anda boleh menikmati kentang putar yang lembut, halus dan enak!

Selamat mencuba!

Sumber: BEETIFY

Maybe you're interested :

Share

Video Popular